Quantcast

BERITA

Syed Saddiq Akan Tuntut Keadilan Buat Penyokong Malaysia Yang Terjejas Di GBK

Menteri Belia & Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata beliau akan melakukan laporan rasmi mengenai kelakukan penyokong Indonesia di Stadium Gelora Bung Karno.

Dalam aksi kelayakan Piala Dunia dan Piala Asia 2022/2023, penyokong Malaysia yang hadir ke Bung Karno dihujani dengan pelbagai layanan ‘mesra’ penyokong tuan rumah.

Menurut Saddiq, penyokong Malaysia mengharungi 90 minit yang cukup panjang apabila mereka sering dihujani dengan objek besi dan juga botol.

Malah tidak ketinggalan, suar turun diberikan kepada penyokong Malaysia sehingga menyebabkan seorang mengalami kecederaan.

Menurut Saddiq, beliau menyatakan kesedihan di atas apa yang berlaku kepada penyokong pasukan kebangsaan. Malah, beliau berjanji akan menuntut keadilan buat penyokong Harimau Malaya.

Saddiq merupakan sebahagian daripada hampir 300 penyokong Malaysia yang bertandang ke Gelora Bung Karno.

Malaysia menang dengan jaringan 3-2 hasil penyudah dua kali Mahmadou Sumareh dan satu gol dari Syafiq Ahmad.