Rhino KV Arena Kini Dibuka Secara Rasminya Di Shah Alam!

Selepas berjaya dengan Rhino Arena di Seremban dan juga Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur kini satu lagi gelanggang telah dibuka secara rasmi oleh Enervive Assets di Shah Alam.

Mereka membuka pula Rhino KV Arena yang terletak di pintu utama Stadium Shah Alam yang telah pun dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari pada 31 Ogos 2019.

Amirudin Shari (berbaju biru) ketika merasmikan Rhino KV Arena.

Rhino KV Arena merupakan gelanggang ketiga milik Enervive Assets yang menyediakan peluang untuk para pencinta bola sepak bermain di atas padang sintentik.

Di KV Arena, mereka menyediakan dua padang rumput tiruan bersaiz FIFA dan serta menyediakan jumlah tempat letak kereta yang cukup luas.

Lebih menarik, mereka turut menyediakan menara khas untuk para penyiar untuk membolehkan mereka melakukan siaran langsung bagi aksi-aksi liga sosial.

Menurut Nizamuddin Hamid yang merupakan Pegawai Eksekutif Enervive Assests, inspirasi untuk menyediakan menara penyiaran selepas melihat potensi disebalik kekurangan melakukan siaran langsung di Rhino Arena Kelab Sultan Sulaiman.

“Kandungan bola sepak sememangnya tinggi nilainya, termasuklah liga sosial. Baik liga sosial yang sangat kompetetif atau liga sosial yang santai di kalangan persatuan alumni.”

“Niat kami, untuk memastikan bola sepak boleh diakses oleh semua peringkat. Saya sentiasa percaya apabila kita bercakap tentang pembangunan bola sepak, ia takkan pernah meninggalkan komuniti di belakang. Pembangunan sukan adalah pembangunan yang boleh disertai oleh semua peringkat masyarakat.”

Rhino KV Arena yang terletak di sebelah Stadium Shah Alam.

Bersempena dengan pembukaan rasmi KV Arena, mereka menganjurkan kejohanan Pesta Bola Sepak Rhino yang menampilkan 32 pasukan yang merebut wang kejuaraan bernilai RM 3 ribu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN