Quantcast

BERITA

Keylor Navas Ucap Selamat Tinggal Kepada Rakan Sepasukan Di Bilik Persalinan

Real Madrid telah kembali ke ibu kota Sepanyol selepas mencatatkan keputusan seri 2-2 menentang Villareal.

Namun Keylor Navas – yang berada di bangku pemain simpanan sepanjang perlawanan – tidak bersama-sama skuad kendalian Zinedine Zidane kembali ke Madrid.

Sebaliknya, Navas yang dikhabarkan tidak berada di dalam senarai pemain yang diperlukan Zidane, terus ke Paris untuk menyertai pasukan barunya, Paris Saint-Germain (PSG).

Sejurus selepas tamat perlawanan, Navas mengambil kesempatan yang ada untuk mengucapkan selamat tinggal buat rakan-rakan sepasukan di bilik persalinan Estadio de la Ceramica.

Kedua-dua kelab dikatakan menangguhkan pengumuman perpindahan tersebut untuk memberikan ruang kepada setiap pasukan memberikan fokus kepada perlawanan di hujung minggu.

Kini perpindahan tersebut akan disahkan dan PSG dikatakan membayar €15 juta kepada Real Madrid untuk penjaga gol anatarabangsa Costa Rica itu.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian, Alphonse Areola pula akan ke Real Madrid secara pinjaman sebaagai penjaga gol kedua di belakang Thibaut Courtois.

Alphonse Areola will be going the other way as he’ll arrive to be Real Madrid’s backup goalkeeper on loan for one season, after which that job should belong to Andriy Lunin.Areola will be joining up with the France squad this week, so it’s unclear when he’ll be officially presented.