Ashley Cole Gantung But, Mahu Kejar Impian Jadi Jurulatih

Bekas bek kiri England, Chelsea dan Arsenal – Ashley Cole mengumumkan persaraan beliau daripada bola sepak profesional pada usia 38 tahun.

Bek kiri veteran itu mengumumkan perkara itu menerusi rancangan Super Sunday di Sky Sports sebelum sepak mula di antara Chelsea dan Leicester.

Cole merupakan pemenang 3 EPL, 7 Piala FA dan 1 UCL ketika bermain. Selain itu Ashley Cole merupakan pemain yang membarisi skuad Invincibles Arsenal satu ketika dahulu.

Beliau juga pernah terlibat dalam perpindahan kontroversi berprofil tinggi ketika meninggalkan Arsenal untuk Chelsea.

Pada 2016, Cole berhijrah ke MLS menyertai LA Galaxy dan kembali ke Eropah semula menyertai Roma dalam perjanjian pinjaman singkat. Beliau kemudian kembali ke England dan pernah bermain di bawah kendalian bekas rakan sepasukannya – Frank Lampard – ketika di Derby County musim 2018/19.

Ashley Cole menyatakan: “Selepas memikirkan dan mempertimbangkannya dengan sukar sekali, jelas sekali, sudah tiba masanya saya menggantung but dan memandang ke hadapan untuk lembaran baharu dalam karier – harapan saya dalam kejurulatihan.”

“Sayas sedang mengikuti kursus kejurulatihan ketika ini. Dan kini saya mahu menjadi jurulatih yang hebat.”

“Ketika masih kecil, saya tidak pernah menjangka bahawa suatu hari nanti saya akan bermain bola sepak sebagai seorang profesional. Imbas kembali, saya kini boleh menyatakan bahawa saya sudah bermain dalam Piala Dunia, Liga Juara-Juara Eropah dan sangat bertuah dapat menjulang EPL. Ianya impian setiap kanak-kanak. Dan saya sudah menunaikan impian itu.”

Cole merupakan sebahagian daripada anggota generasi emas England era 2000-an yang turut dibarisi David Beckham, Steven Gerrard, Michael Owen, John Terry and Lampard. Malangnya mereka gagal untuk memenangi sebarang kejuaraan major antarabangsa.

Cole menyatakan, detik paling membanggakan beliau adalah ketika mendapat kaps dengan pasukan England.

Cole sudah bermain untuk negaranya lebih 100 kali. Menurut Cole, kekesalan beliau hanyalah; tidak mampu memberikan trofi major kepada negaranya.

Selamat bersara Ashley Cole.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN