Lampard: Kami Gagal Menang Kerana Keletihan Dan Tidak Ada Personaliti

Frank Lampard menyatakan beliau tidak suka menjadikan keletihan sebagai alasan dalam bola sepak. Namun beliau mengakui itulah punca kenapa Chelsea bermain dengan teruk sekali pada separuh masa kedua.

Lampard menggesa agar para pemainnya menunjukkan lebih personaliti di atas padang walaupun keletihan.

Chelsea diikat 1-1 oleh Leicester. Pada separuh masa kedua, Chelsea boleh dikatakan dibuli oleh Leicester dengan permainan bertenaga. Chelsea pula kelihatan kurang bermaya dan tidak bertenaga.

Lampard menyatakan keletihan melanda skuad beliau selepas pertarungan 120 minit sehingga ke penentuan penalti ketika menentang Liverpool dalam perebutan Piala Super Eropah.

“Awal 25 minit adalah gambaran sebenar apa yang kami mahu mainkan. Namun selebihnya tidak.”

“Kami membiarkan terlalu banyak ruang besar. Saya tidak berpuas hati dengan perkara itu, kerana kita gagal mengekalkan rentak kita di awal permainan.”

“Saya tidak mengharapkan para pemain bermain 100 batu sejam dan cuba kekalkannya sepanjang perlawanan. Tetapi saya mahukan pasukan ini mengawal bola dengan lebih baik ketika kita bertenang.”

https://twitter.com/OptaJoe/status/1163141375354949635

“Kita harus memilkki lebih personaliti, yang kita tengok pertengahan minggu lalu, namun hari ini, ianya hilang.”

“Saya tidak suka dengan alasan keletihan, namun itu telah menjadi faktor kita bermain teruk separuh masa kedua. Saya simpati dengan para pemain untuk itu.”

“Jika keletihan itu menghantui kita, maka kita harus mengawal bola dengan lebih baik. Dengan itu, kita tidak perlu berlari banyak sangat.”

“Kita harus lebih lasak, dan ada pengajaran sebenar untuk kami daripada hari ini.”

“Kita memulakan musim dengan sukar. Kita pergi ke Manchester, kita tewas, dan kemudiannya kita tewas dalam perebutan Piala Super Eropah, ketika itu kita merupakan pasukan lebih baik.”

Lampard kemudian menyatakan, walaupun tewas dalam 2 perlawanan sebelum ini, beliau lebih gembira. Namun beliau sangat sedih dengan keputusan seri menentang Leicester. Ini kerana mereka seri dengan corak permainan yang tidak meyakinkan.

“Aksi menentang Manchester United, dan Liverpool, membuatkan kita lebih gembira daripada yang ini [vs Leicester].”

“Selain itu, ada elemen yang sukar untuk kita musim ini. Sebagai pengurus baharu, saya tidak dapat membawa pemain-pemain baharu dan kita kehilangan Eden Hazard yang merupakan pemain sangat penting untuk kelab ini.”

Lampard kemudian memberikan penghargaan kepada para penyokong Chelsea yang terus menyokong beliau dan pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN