Chelsea bermain sangat baik pada separuh masa pertama. Pemain muda mereka, Mason Mount juga cemerlang dengan gol pertama EPL. Malangnya The Blues tetap gagal mendapatkan kemenangan pertama musim ini di EPL.
Frank Lampard diraikan oleh penyokong Chelsea dalam kepulangan semula legenda itu ke EPL bersama The Blues – kali ini sebagai pengurus pasukan.
Gol tersebut juga merupakan jaringan pertama dalam EPL oleh Chelsea pada era Frank Lampard sebagai pengurus.
Namun aksi longlai pada separuh masa kedua menyaksikan pasukan Chelsea hampir tewas di hadapan penyokong sendiri – mereka pastinya lega dengan penyudah Leicester yang banyak tersasar.
Keputusan seri ini sekali lagi menangguhkan kemenangan Frank Lampard musim ini selepas tewas 4-0 di tangan United dan tewas dalam penentuan penalti ketika Piala Super Eropah di tangan Liverpool.
Ndidi menjadi perhatian ramai. Beliau melakukan kesilapan, yang membolehkan Mason Mount meletakkan Chelsea di hadapan pada separuh masa pertama.
Take a bow, Mason Mount! 💪👏 pic.twitter.com/0xZqoSM1XJ
— Chelsea FC (@ChelseaFC) August 18, 2019
Namun, begitu, Ndidi menebus kesilapannya dengan gol penyamaan pada separuh masa kedua.
Leicester harus menyalahkan diri sendiri kerana tidak menyempurnakan beberapa peluang gol yang mereka miliki pada separuh masa kedua.
Frank Lampard kecewa dengan persembahan Chelsea pada separuh masa kedua. Namun beliau mengambil kesempatan untuk memberikan penghargaan di atas aksi cemerlang Mason Mount.
“Mason pemain yang dahaga, dan beliau sangat memahami apa yang diperlukan untuk menjadi pemain yang hebat. Ini akan menjadi musim yang baik untuk beliau. Jika beliau mengekalkan prestasinya, beliau akan menjadi pengaruh yang penting untuk pasukan kami.”