Inter Milan Dalam Rundingan Untuk Mendapatkan Alexis Sanchez

Alexis Sanchez dilaporkan sedang berbincang dengan pihak Inter Milan untuk memeterai perjanjian pinjaman ke kelab Itali tersebut.

Menurut Fabrizio Romano: “Sah! Inter Milan sedang berbincang dengan Manchester United untuk perjanjian pinjaman melibatkan Alexis Sanchez.”

“Tempoh pinjaman sehingga Jun 2020 ditambah dengan opsyen pembelian tetap bernilai €15 juta. Sebahagian daripada gaji Alexis Sanchez juga akan dibayar oleh Manchester United.”

“Alexis sudah meminta kebenaran daripada kelab [Man. United] dan Solskjaer bagi membolehkan beliau menyertai Inter Milan.”

“Kini keputusan terletak di tangan Manchester United.”

Manchester United dilaporkan setuju membayar sebahagian daripada gaji Sanchez. Ini kerana Inter Milan tidak mampu membayar gaji Sanchez yang terlalu tinggi. Namun pemain itu menolak sebarang cadangan pemotongan gaji.

Oleh itu, Man. United membantu Inter Milan membayar sebahagian daripada gaji Sanchez. Ini adalah cara terbaik untuk United dalam usaha mereka mahu melepaskan pemain itu.

Namun begitu, segalanya masih di dalam rundingan. Ed Woodward terkenal dengan sikapnya yang suka mengubah keputusan secara drastik.

Jika United memutuskan untuk tidak bersetuju dengan terma seperti pembayaran gaji ataupun harga klausa pembelian tetap, rundingan ini boleh musnah. Di pihak Sanchez, pemain itu sudah menyatakan beliau mahu ke Inter.

Jika segala perbincangan berjalan lancar, pemain kebangsaan Chile itu akan menghadiri pemeriksaan medikal pada Selasa ini.

Sanchez hanya bermain 27 perlawanan pada musim lalu dalam semua pertandingan. Beliau hanya menjaringkan 2 gol dan 4 assist daripada 1,200 minit perlawanan.

Alexis Sanchez bukannya nama asing di Serie A. Beliau merupakan pemain yang cemerlang ketika di Serie A bersama Udinese, satu ketika dahulu, dan membuatkan beliau menjadi perhatian kelab elit eropah yang lain.

Sanchez kemudiannya memilih untuk ke Barcelona. Selepas itu, Sanchez menjadi bintang global dalam arena bola sepak.

Namun prestasi beliau merosot sejak menyertai Manchester United. Adakah beliau akan mendapatkan semula prestasi terbaiknya di Inter? Dan berganding semula dengan Romelu Lukaku.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN