Juara Liga Super 2019, JDT menepati statusnya sebagai pasukan pilihan dengan kemenangan pada hari pembukaan Piala Malaysia 2019. JDT menang di tempat sendiri mengatasi UiTM FC.
Namun ini bukannya kemenangan mudah untuk JDT. Ternyata UiTM memberikan mereka saingan yang sengit dalam perlawanan ini.
Diogo meletakkan JDT di hadapan pada awal separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Safawi Rasid menyempurnakan penalti pada minit ke-65.
65' | GOL SAFAWI!
Safawi Rasid berjaya menyempurnakan sepakan penalti beliau untuk membantu @OfficialJohor mendahului UiTM FC 2-0 di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos.#PialaMalaysia2019#MFLLive#JDTUiTM pic.twitter.com/SSWplV6WHj
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 2, 2019
Ketika perlawanan berbaki 5 minit, JDT membunuh perlawanan dengan gol ke-3 oleh Diogo Santo selepas binaan permainan kombinasi di zon serangan.
85' | GOL KEDUA DIOGO!@OfficialJohor berjaya menjaringkan gol ketiga malam ini melalui tandukan oleh Diogo Luis Santo selepas pergerakan baik oleh pemain-pemain Harimau Selatan.#PialaMalaysia2019#MFLLive#JDTUiTM pic.twitter.com/NeqYwepBB3
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 2, 2019
UiTM mendapat gol saguhati menerusi Zarko Korac pada masa kecederaan. Korac menyempurnakan sepakan percuma dari luar kotak penalti.
90+2' | GOL ZARKO!
@official_uitmfc berjaya menjaringkan gol sagu hati melalui sepakan percuma oleh penyerang import mereka, Zarko Korac, yang menjaringkan gol ke-14 musim ini.#PialaMalaysia2019#MFLLive#JDTUiTM pic.twitter.com/4zzbKRhmfa
— MFL LIVE (@MFL_Live) August 2, 2019
JDT berjaya memastikan 3 mata pertama mereka dan menjadi pendahulu kumpulan B.