Piala Malaysia: Terengganu Mulakan Kempen Dengan Kemenangan

Terengganu dan PKNS FC memulakan sepak mula Piala Malaysia – kumpulan A. Terengganu memulakan langkah dengan bergaya apabila menang dalam perlawanan pembukaan.

Sebelum sepak mula para pemain Terengganu memberikan kata-kata semangat kepada penjaga gol veteran mereka Suffian Rahman yang sedang sakit.

Kami di SemuanyaBOLA mengambil kesempatan untuk mengucapkan semoga cepat sembuh kepada Mohamad Suffian Rahman.

Kemenangan Terengganu adalah hasil daripada 2 gol daripada pemain yang sedang dalam prestasi terbaik Sanjar Shaakhmedov. 1 lagi menerusi Nasrullah Hanif.

Sanjar meletakkan Terengganu di hadapan seawal minit ke-6. Ianya satu gerakan pantas daripada pasukan Terengganu.

Namun begitu, pada minit ke-30, gol pendahuluan itu dibalas oleh Jafri Chew yang tenang menewaskan Ilham Amirullah.

Terengganu kembali di hadapan sebelum rehat separuh masa menerusi gol oleh Nasrullah Hanif pada minit ke-38.

Pada separuh masa kedua, Sanjar Shaakhmedov memastikan 3 mata disimpan rapi menerusi gol beliau pada masa kecederaan.

Tamat perlawanan, Terengganu 3 PKNS 1 . Terengganu menjadi pendahulu kumpulan A pada hari pertama.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN