Sekarang ini, mereka ada pilihan. Pilih saja yang mana mereka mahukan.
Barcelona dikatakan belum lagi mengalah dalam usaha mereka untuk membawa pulang Neymar ke pangkuan pasukan itu.
Namun begitu, Paris Saint-Germain (PSG) masih belum mahu mengalah dalam usaha tidak melepaskan pemain mereka itu walaupun Neymar sudah tiada lagi hati untuk bermain di sana.
PSG mahukan harga yang tinggi untuk Neymar selepas kelab itu menghabiskan wang yang cukup banyak untuk membawa pemain itu ke Ligue 1.
Namun begitu, Barcelona tidak mahu membayar harga yang tinggi untuk bawa balik bekas pemain mereka itu. Lalu mereka hadir dengan satu tawaran yang diluar kebiasaan.
Barcelona menawarkan £90 juta kepada PSG termasuk dengan mana-mana 2 pemain dari skuad utama mereka sebagai tukaran kepada Neymar.
Juara La Liga itu menawarkan 6 pemain pilihan sebagai tukaran untuk PSG.
Ivan Rakitic, Ousmane Dembele, Malcom, Philippe Coutinho antara pemain yang ditawarkan kepada PSG untuk dipilih.
Selain itu, terdapat juga pemain pertahanan yang ditawarkan iaitu Samuel Umtiti dan juga Nelson Semedo.
Setakat ini belum lagi ada keputusan yang dilakukan oleh PSG mengenai tawaran Barcelona itu.
Jika situasi ini akan berlaku, Ousmane Dembele, Samuel Umititi dan juga Malcom ada kemungkinan besar untuk ke PSG.
Hal ini kerana Dembele, Umititi adalah pemain dari Perancis dan mungkin mereka mempertimbangkan kemungkinan pulang semula ke negara mereka.
Selain itu, Malcom juga boleh menjadi tukaran yang baik untuk PSG kerana pemain itu merupakan seorang yang terbukti bagus di Ligue 1.
Philippe Coutinho akan menjadi pemain rugi dalam perpindahan ini, hal ini kerana beliau pastinya ingin bersatu bersama teman baiknya Neymar di kelab yang sama.
Namun begitu, mengikut kepada prestasinya musim ini maka tidak hairan beliau akan disingkirkan Barcelona.