Previu MSL 2019: Selangor Mahu Tebus Kekalahan Memalukan Menentang PKNS FC

Info perlawanan

  • PKNS FC lawan Selangor
  • Stadium Shah Alam, Shah Alam
  • 20 Julai 2019
  • 9 malam

Satu-satunya aksi di Lembah Klang pada perlawanan terakhir Liga Super Malaysia (MSL 2019) menyaksikan perlawanan melibatkan 2 pasukan dari Selangor.

PKNS FC akan menentang Selangor dalam perlawanan yang dari perspektif Gergasi Merah, ianya adalah peluang untuk membalas dendam.

Dalam aksi terdahulu, Selangor mengalami kekalahan memalukan ditangan PKNS FC dengan jarinngan 4-0.

Ianya cukup memilukan sehingga ketika gol keempat PKNS FC terhasil, penyokong Selangor memberikan sorakan ironik seolah-olah mereka menyokong PKNS FC.

Kekalahan di awal musim itu juga merupakan detik kemuncak penyokong Selangor yang mahukan pengurusan pasukan memikirkan semula kedudukan B. Sathianathan pada waktu itu.

Dari sudut pandang PKNS FC, perlawanan ini adalah peluang terakhir untuk mereka mengutip mata minima 22 mata untuk kekal dalam liga.

Setakat ini mereka mengutip 21 mata ditangga ke-9, namun jarak mereka dengan PKNP ditangga ke-10 sudah tidak boleh dikejar pasukan dari Manjung itu.

Pemain tumpuan

Rencah paling menarik yang boleh disaksikan dalam perlawanan malam ini ialah aksi melibatkan 2 penjaring terbanyak liga.

Perebutan anugerah kasut emas akan menyaksikan 2 calon utama iaitu Kpah Sherman (PKNS FC) dan juga Ifedayo Omosuyi (Selangor) akan berentap sesama sendiri.

Kelebihan kini memihak kepada Sherman apabila beliau mendahului carta penjaring gol dengan 14 jaringan.

Ifedayo pula rapat mengekori rapat dengan 10 gol. Hal ini membuktikan kedua-dua penyerang ini cukup tajam di depan pintu gol lawan.

Hal ini secara tak langsung, ia akan memberikan tugas sukar kepada pertahanan kedua-dua pasukan untuk menyekat 2 pemain ini dari terus mengancam pintu gol.

Sebelum sepak mula

Perlawanan malam ini pastinya akan mencari siapakah yang sebenarnya raja bola sepak di Shah Alam.

Pada hemat PKNS FC, walaupun prestasi semasa mereka tidak seperti ketika mereka menang 4-0 dengan Selangor di awal musim, tetapi mereka tetap akan berikan saingan sengit malam ini.

Bagi Selangor pula, ini merupakan peluang terbaik buat mereka menamatkan saingan liga dengan nota kemenangan untuk cuba mendapatkan kedudukan nombor 3 liga.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN