Impian JDT untuk menamatkan saingan Liga Super 2019 dengan status tak terkalah / Invincible tidak kesampaian apabila dikejutkan oleh PJ City.
JDT tewas 0-1 di tangan PJ City dalam aksi Liga Super yang berlangsung di Larkin.
Ini bermakna PJ City menjadi pasukan pertama menang di Larkin dalam saingan liga sejak 2013. Pasukan terakhir yang menang di Larkin dalam MSL adalah Lions XII.
Washington Brandao menjadi wira pslawat. Ini apabila jaringan tunggal beliau berjaya memberikan kemenangan ke atas pasukan serba bintang JDT.
Brandao juga merupakan pemain yang menamatkan rekod tanpa kalah di Larkin oleh JDT sejak 2013 – dan menamatkan impian Invincible JDT dalam saingan musim ini.
Juara liga super 2019 – dan juara 6 kali berturut turut – JDT – membariskan skuad yang di dalam aksi ini meskipun sudah bergelar juara.
FT’ | PJ CITY LEBURKAN REKOD TANPA KALAH JDT
Gol tunggal dari Washington Brandao cukup untuk menamatkan rekod tanpa kalah JDT musim ini. @OfficialJohor 0-1 PJ City FC#LigaSuper2019#MFLLive#JDTPJC pic.twitter.com/DYgUIm6Jp5
— MFL LIVE (@MFL_Live) July 16, 2019
JDT mendominasi perlawanan namun buntu di hadapan gol. Mereka mendapat beberapa peluang gol daripada permainan terbuka dan bola mati, tetapi gagal disudahkan.
PJ City berjaya mengakhiri rekod 3 perlawanan berturut-turut yang mereka kalah – naik ke tangga ke-8 dalam carta liga super.
KEDUDUKAN TERKINI PUSINGAN LS21 LIGA SUPER 2019#LigaSuper2019 pic.twitter.com/O7Q5KiOkNW
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 16, 2019
Dalam satu lagi perlawanan Melaka dan PKNS FC sekadar seri 1-1.
KEPUTUSAN MASA PENUH PERLAWANAN LS21 LIGA SUPER 2019#LigaSuper2019 pic.twitter.com/eXE1fLEVaG
— Malaysian Football League (@MFL_MY) July 16, 2019