Quantcast

BERITA

Bekas Pelatih La Masia, Takefusa Kubo: “Real Madrid Kelab Terbaik Di Dunia”

Tekefusa Kubo merupakan pemain yang mendapat banyak perhatian media – terutama sekali selepas menyertai Real Madrid.

Kubo menegaskan bahawa kelab terbesar di dunia adalah Real madrid dan bukannya Barcelona.

Takefusa Kubo yang digelar Messi Jepun pernah beraksi di akademi La Masia selama 4 tahun. Namun terpaksa dilepaskan oleh La Masia pada 2015 kerana perjanjian melibatkan Kubo melanggar polisi perpindahan pemain bawah 18 tahun oleh FIFA.

Dan pada 2019, beliau ditandatangani oleh Real Madrid dengan nilai €2 juta.

Musim baru ini, Takefusa Kubo sudah bersedia untuk bermain bersama Real Madrid Castilla. Namun impak beliau di Copa America dan prestasi ketika pra musim mungkin akan mencerahkan beliau bermain dalam pasukan utama.

Kubo menyatakan kebanggaan beliau dapat menyetai Real Madrid. Dan beliau bercakap kepada Madrid TV: “Di Jepun, ramai orang fanatik dengan Real Madrid. Dan saya berbangga bermain untuk kelab terbaik di dunia.”

“Di sini, para pemain dan jurulatih sangat mesra dan saya cepat menyerasikan diri. Kita harus mengambil kesempatan ini, tetapi kamu juga harus menikmatinya, kerana tidak semua memperoleh peluang sebegini.”

“Saya banyak belajar sama ada sebagai seorang pemain dan juga seorang insan, di dalam dan di luar padang. Saya sedang bergembira.”