Quantcast

ADVERTORIAL

Jurulatih Lagenda Bundesliga Ini Ingatkan Dapat Kerja Di Schalke 04, Rupanya …

Ini cerita menarik tentang jurulatih lagenda Bundesliga, Peter Neururer.

Di Bundesliga, Peter Neururer dikenali sebagai ‘ahli bomba’ kerana kepakarannya menyelamatkan pasukan yang bergelut di zon penyingkiran liga daripada tersingkir.

Memulakan kariernya sebagai pengurus Alemannia Aachen, Schalke 04 dan Hertha Berlin, reputasi Peter Neururer sebagai pengurus berkaliber mula mendapat perhatian di Jerman selepas beliau memimpin FC Saarbrücken menjuarai 2. Bundesliga (liga divisyen ke-2 Jerman). Ini sekaligus membolehkan pasukannya dipromosi ke Bundesliga pada musim 1992.

(Sumber: n-tv.de)

FC Saarbrücken tidak dapat bertahan dalam Bundesliga dan disingkirkan ke 2. Bundesliga serta-merta selepas semusim. Neururer kemudiannya meninggalkan FC Saarbrücken untuk menyertai Hannover 96 pada awal musim 1994/1995 yang pada ketika terperosok di zon penyingkiran 2. Bundesliga.

Ketika di Hannover 96 lah reputasi Neururer sebagai ‘ahli bomba’ mula dibina.

(Sumber: BigSoccer)

Beliau berjaya menyelamatkan Hannover 96 daripada tersingkir ke 3. Liga (liga divisyen ke-3 Jerman). Pada tahun berikutnya, FC Koln yang terperosok di zon penyingkiran Bundesliga mendapatkan khidmat Neururer untuk menyelamatkan mereka. Neururer berjaya – malah lebih daripada berjaya kerana FC Koln menamatkan musim di tangga ke-12 Bundesliga!

Neururer menikmati tempoh kejayaan seterusnya apabila menyertai VfL Bochum pada pertengahan musim 2001/2002 yang pada ketika masih bersaing di 2. Bundesliga.

Beliau berjaya membawa Bochum naik ke Bundesliga pada musim pertamanya dan mengekalkan status Bundesliga selama 2 musim. Ia satu pencapaian yang mengagumkan jika kita mengambil kira faktor yang Bochum beroperasi dengan bajet paling rendah dan purata umur skuad paling muda dalam Bundesliga sepanjang 2 musim Neururer bergelar pengurus di sana!

Khas untuk belia!

Bercakap tentang pencapaian Neururer yang mengurus Bochum dengan purata skuad umur paling muda, kami nak perkenalkan anda dengan Hi HOME Property Conference – konferens hartanah khas untuk anda!

Dalam konferens ini, pelbagai aspek hartanah akan dibincangkan dalam style TED Talk. Antaranya tentang isu:

  • kemampuan belia membeli hartanah,
  • pasaran dan polisinya,
  • data & teknologi terbaru serta…
  • masa depan bidang hartanah di Malaysia.

Inilah kali pertama ada konferens sebegini di Malaysia yang khas untuk bidang hartanah!

Hi HOME Property Conference akan diadakan pada 25 Julai 2019 nanti di MITEC. Acara ini akan turut dihadiri oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Zuraida Kamaruddin dan Menteri Belia dan Sukan, YB Syed Saddiq.

Khas untuk anda yang masih bergelar belia, harga tiket hanya berharga RM250.

Untuk mendaftar penyertaan anda dalam Hi HOME Property Conference, sila layari laman web rasmi mereka di pautan ini.

Sakit jantung sampai koma

Berbalik kepada cerita Neururer.

Kecenderungan Neururer mengurus pasukan berbajet kecil membawa kesan negatif terhadap kesihatannya. Tekanan yang dialaminya membuatkan beliau pernah dua kali diserang sakit jantung sehingga pernah koma.

Beliau akhirnya berjaya pilih dari koma. Tetapi atas nasihat doktor, Neururer terpaksa berehat daripada karier pengurusan bola sepak sejak 2014.

Ingatkan dapat kerja di Schalke 04, rupanya…

Berbalik kepada cerita Neururer yang menyangka dirinya mendapat kerja di Schalke 04, selepas 5 tahun berehat, pada satu hari pengurus berusia 64 tahun ini mendapat panggilan telefon daripada kenalannya ketika mengurus Schalke 04, Josef Schusenberg.

Sepanjang hidupnya, Neururer mengenali Schusenberg sebagai ahli lembaga pengarah Schalke 04.

“Schusenberg menelefon saya dan bertanya jika saya boleh tolong beliau melaksanakan visi beliau di kelabnya. Saya terus setuju!” kata Neururer ketika ditemuramah media Jerman, Rheinischen Post.

“Beliau serta-merta cakap yang saya tak boleh minta gaji terlalu tinggi. Bagi saya, itu bukan masalah. Tapi saya cakap kepada dia yang saya tak boleh jamin kelayakan ke UEFA Champions League pada musim depan.”

Syarat Neururer itu membuatkan Schnusenberg terdiam. Serta-merta Schnusenberg menyangka Neururer akan mendapat kerja di Schalke 04.

“Schnusenberg kemudian kata kepada saya: Kita tengah cakap tentang Wattenscheid 09, bukan Schalke 04. Saya ahli lembaga pengarah di sana,” cerita Neururer.

Rupa-rupanya Neururer tak tahu bahawa Schusenberg sudah meletakkan jawatannya sebagai ahli lembaga pengarah Schalke 04 sejak 2007!

Beliau juga tak tahu bahawa tawaran kerja daripada Schusenberg itu adalah di kelab divisyen ke-4 Jerman, Wattenscheid 09 – kelab di mana Schusenberg merupakan ahli lembaga pengarahnya.

“Tetapi memandangkan saya sudah kata setuju, saya terima sahaja tawaran kerja tersebut. Saya sentiasa kotakan janji saya,” kata Neururer. Kini Neururer bekerja sebagai pengarah sukan Wattenscheid 09.

(Sumber: wdr.de)

Jangan buat silap sama macam Neururer!

Keputusan membeli rumah bukanlah sesuatu yang anda boleh buat silap seperti Neururer di Wattenscheid 09. Pertama sekali sebelum membeli rumah anda, anda kena tahu projek perumahan mana yang sesuai dengan profil kewangan anda.

Kalaulah ada portal yang boleh kira dulu loan yang kita layak dan hanya tunjuk listing rumah yang kita mampu beli… Mesti senang kerja kita kan?

Kami nak perkenalkan anda dengan Hi HOME Online Property Expo.

Di Hi HOME Online Property Expo, anda boleh melihat calon-calon rumah yang anda mampu beli selepas Kalkulator Hi HOME kirakan profil kewangan anda.

Ini bermakna di Hi HOME Online Property Expo, anda takkan diberi listing rumah yang salah. Kita nak beli rumah ikut kemampuan, bukan kehendak kan?

Lebih 100 projek perumahan akan menyertai Hi HOME Online Property Expo ini. Jadi anda akan ada banyak projek perumahan untuk dipilih. Pelbagai rebat menarik dari pemaju juga akan ditawarkan!

Hi HOME Online Property Expo amat sesuai kalau anda sedang mencari rumah pertama anda. Ekspo ini berlangsung dari 25 Julai hingga 31 Oktober 2019, sekaligus memberikan anda masa cukup untuk membuat keputusan bijak sebelum membeli rumah pertama anda.

Untuk masuk ke Hi HOME Online Property Expo ini, sila layari laman web rasmi mereka di pautan ini.