Penyokong Yakin Dengan Langkah Penstrukturan Hak Penyiaran Liga Malaysia

Malaysian Football League (MFL) telah mengadakan pertemuan bersama beberapa penyokong bola sepak tempatan dalam usaha mendapatkan input serta mekanisme bagi memperkasakan struktur baharu hak penyiaran pasukan Liga Malaysia yang bakal diperkenalkan pada musim depan.

Semalam, seramai 15 penyokong tegar Liga Malaysia turun ke ibu pejabat MFL bagi mendengar taklimat serta maklumat lebih terperinci daripada Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Kevin Ramalingam dan Ketua Pegawai Eksekutif Enervive Group of Companies, Muhammad Nizamuddin Abdul Hamid.

Dalam sesi pertemuan berkenaan, Kevin dan Nizamuddin menjawab setiap pertanyaan dan keraguan daripada penyokong-penyokong terbabit berkenaan pengstrukturan hak penyiaran pasukan Liga Malaysia.

Apa yang pasti, platform tersebut telah memberikan impak cukup positif di mana salah seorang pengikut Liga Malaysia, Nizar Irman menganggap pengenalan pengstrukturan hak penyiaran itu bakal menjadi solusi lebih baik dalam usaha membantu pasukan kesayangan masing-masing khusus daripada aspek kewangan.

Tambah Nizar yang merupakan penyokong setia Johor Darul Ta’zim (JDT) beliau tidak menolak bahawa pengstrukturan hak penyiaran ini bukan sahaja memiliki potensi besar sebaliknya percaya kaedah tersebut akan berkesan di Liga Malaysia.

“Saya dapati ini adalah satu progresif yang positif untuk menjana pasukan dalam Liga Malaysia dan ia juga memberikan peluang kepada penyokong tempatan untuk menyumbang kepada pasukan mereka.

“Ini adalah struktur baharu yang saya rasa sangat positif dan berpotensi untuk pergi lebih jauh.

“Saya berpendapat potensi itu ada dan persepsi boleh dimanfaatkan pasukan serta para penyokong. Saya sangat positif pendekatan ini boleh berjaya,” katanya.

Dalam perkembangan sama, seorang lagi peminat Liga Malaysia, Hermy Rahim optimis MFL telah berada dalam landasan tepat selepas memperkenalkan pengstrukturan baharu hak penyiaran pasukan Liga Malaysia.

“Apa yang MFL lakukan sekarang adalah satu perkara bagus, sekurang-kurangnya untuk saya memahami lebih jelas di mana mungkin saya tidak perlu persoalkan pada masa akan datang berhubung struktur baharu hak penyiaran pasukan.

“Mungkin pengetahuan ini masih belum sampai kepada penyokong-penyokong lain tetapi saya percaya MFL akan memastikan mesej ini akan disampaikan.

“Secara peribadi, saya fikir apa yang MFL lakukan sekarang adalah sepatutnya MFL kena buat lebih awal lagi di mana mereka harus bergerak sendiri tanpa bergantung kepada syarikat dari luar,” ujarnya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN