Selepas 21 Tahun, Peter Crouch Umum Persaraan Dari Bola Sepak

Bekas pemain kebangsaan England, Peter Crouch kini telah mengumumkan persaraan beliau dari kancah bola sepak profesional.

Menurut laman BBC Sport, bersaranya Crouch bermakna tamatlah era pemain tersebut sebagai penyerang bola sepak profesional selama 21 tahun.

Beliau yang diingati ketika karier bersama-sama Liverpool dan Tottenham Hotspur berkata keputusan untuk bersara itu adalah hasil perbincangan yang panjang.

“Selepas banyak berbincang pada musim panas ini saya telah membuat keputusan untuk bersara dari bola sepak.”

“Permainan kita yang cantik ini telah berikan segalanya kepada saya. Saya bersyukur kepada semua pihak yang telah membantu saya untuk sampai ke sini dan bertahan untuk begitu lama.”

Crouch menghabiskan karier beliau bermain di 11 kelab yang majoritinya di Premier League.

Beliau memulakan karier di Tottenham Hotspur sebelum dipinjamkan ke kelab bawahan iaitu Dulwich Hamlet dan kelab Sweden – IFK Hassleholm.

Crouch kemudiannya beraksi untuk Queens Park Rangers, Portsmouth, Aston Villa, Norwich City dan Southampton.

Kemuncak karier beliau adalah ketika menyertai Liverpool dimana beliau merasai peluang beraksi di perlawanan akhir UEFA Champions League 2007 dan juga memenangi FA Cup pada tahun 2006.

Beliau turut diingati kerana menjaringkan hatrik sempurna ketika menentang Arsenal satu ketika dahulu.

Beliau kemudiannya kembali semula ke Portsmouth sebelum ke Tottenham Hotspur sekali lagi dan ke Stoke City selepas itu.

Beliau menamatkan karier profesional beliau bersama-sama Burnley pada musim lalu.

Bersama skuad England, beliau beraksi sebanyak 42 kali.

Di luar padang, Crouch sentiasa disenangi kerana personaliti lucu beliau.

Malah beliau turut mempunyai rancangan podcast bersama-sama BBC iaitu That Peter Crouch Podcast.

Crouch mungkin bukanlah penyerang terhandal dalam bola sepak, namun fizikal luar biasa sebagai penyerang tinggi lampai serta personaliti lucu beliau akan sentiasa buatkan semua pihak menyenangi dirinya.

Oh ya, kami juga tidak akan lupa keraian gol beliau yang seperti robot itu!

Selamat bersara, Peter Crouch.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN