MSL 2019: Gol Minit Akhir Kipre Selamatkan Terengganu Dari Dikalahkan Kedah

Terengganu melayan kunjungan pasukan Kedah dalam aksi Liga Super 2019 (MSL 2019) dalam usaha untuk terus mendekatkan diri dengan kedudukan 4 terbaik liga.

Pasukan tuan rumah sudah tidak menang menentang Kedah dalam 5 perlawanan merentasi semua pertandingan.

Minit-minit awal permainan cukup bermakna buat Kedah yang memulakan perlawanan apabila mereka menguasai permainan.

Belum sempat Terengganu merasai penguasaan bola, Kedah sudah mendahului menerusi jaringan Shakir Hamzah pada minit ke-4.

Beliau menyudahkan hantaran dari sepakan penjuru dengan menanduk masuk bola untuk meletakkan pelawat di depan.

Gol tersebut jelas mengejutkan Terengganu dan mereka terus menekan pasukan Kedah selepas itu.

Kedah berjaya mendapatkan gol kedua perlawanan menerusi Fernando Rodriguez.

Namun begitu, penyudah beliau itu tidak dikira pengadil kerana pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Terengganu berjaya menyamakan kedudukan menerusi Sanjar Shaakhmedov menerusi rembatan dari jarak 25 meter.

Percubaan jarak jauh beliau itu cukup padu dan menewaskan Hadi Hamid di pintu gol Kedah.

Di penghujung babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan mempunyai peluang terbaik untuk menjaringkan gol tambahan.

Tchetche Kipre mempunyai peluang menerusi situasi satu lawan satu namun percubaan beliau berjaya dinafikan oleh Hadi Hamid.

Namun Kedah yang berjaya menggunakan peluang untuk mendahului menerusi tandukan dari Baddrol Bakhitiar pada masa kecederaan.

Ianya nyata memberikan kelebihan buat Kedah yang menuju ke bilik persalinan dengan mendahului perlawanan.

Separuh masa kedua menyaksikan permainan seimbang yang ditunjukkan oleh kedua-dua pasukan berterusan.

Terengganu terus berusaha untuk mendapatkan gol penyamaan menerusi Lee Tuck.

Namun begitu, cubaan beliau untuk melakukan rembatan dari jarak jauh tidak menjadi kerana beliau gagal menyepak bola itu tepat pada waktunya.

Kedah terpaksa beraksi dengan 10 pemain selepas Azmeer Yusof dibuang.

Beliau melakukan terjahan terhadap pemain gantian, Malik Ariff dari belakang.

Beraksi dengan kelebihan 1 pemain membuatkan Terengganu menyerang kubu Kedah dengan kerap untuk mencari gol.

Tandukan dari Kipre berjaya dikeluarkan dengan cemerlangnya oleh Hadi menerusi refleksi badan yang cukup baik.

Intensiti yang diharapkan oleh penyokong tuan rumah untuk melihat pasukan mereka yang beraksi dengan kelebihan 1 pemain tidak begitu kelihatan.

Hal ini kerana, Terengganu tidak dapat menembusi sepenuhnya pintu gol Kedah, sebaliknya mereka hanya berlegar-legar di hadapan kotak penalti mereka sahaja.

10 minit terakhir menyaksikan Terengganu benar-benar menekan pasukan Kedah dengan beberapa siri percubaan.

Percubaan dari pemain gantian, Khairul Anwar dari luar kotak penalti sedikit tersasar dari pintu gol.

Khairul sekali lagi melepaskan peluang di minit terakhir permainan apabila tolakan beliau menimbulkan kekeliruan rakan sepasukannya.

Ianya kelihatan seperti percubaan tetapi ada kelihatan juga seperti pemain itu melakukan hantaran untuk ditolak ke dalam gol oleh rakan sepasukan.

Terengganu akhirnya berjaya mendapatkan gol penyamaan menerusi Kipre yang berjaya menanduk masuk hantaran lintang dari sebelah kanan pada masa kecederaan.

Secara keselurahannya, perlawanan ini berlangsung dalam keadaan seimbang namun ianya kelihatan sedikit memihak Terengganu selepas Kedah beraksi 10 orang.

Keputusan penuh, Terengganu 2-2 Kedah.

Kesebelasan utama

Terengganu: Ilham Amirullah (penjaga gol), Wan Amirzafran, Kamal Azizi, Lee Tuck (ketua pasukan), Chanthaceary Bin (Khairu Azrin 45′), Syamim Yahya (Khairul Anwar 78′), Sanjar Shaakhmedov, Nasrullah Haniff, Adib Aizudin, Tchetche Kipre, Rahmat Makasuf (Malik Ariff 45′)

Kedah: Hadi Hamid (penjaga gol), Renan Alves, Azammuddin Akil (Zaquan Adha 38′), Norfiqrie Talib, Baddrol Bakhtiar (ketua pasukan), Fernando Rodriguez, Shakir Hamzah, Fadzrul Daniel, Azmeer Yusof, Hidhir Idris (Fayyadh Zulkefli 65′), Edgar Bernhardt (Alif Yusof 71′)

Pegawai perlawanan

  • Pengadil: Tarmizi Ibrahim
  • Pembantu pengadil 1: Yusri Muhammad
  • Pembantu pengadil 2: Azeman Azemin
  • Pengadil ke-4: Alauddin Muhammad

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN