Quantcast

BERITA

RASMI: Sabah Juara Liga Premier 2019, Tambadau Akhiri Kemarau Trofi

Beberapa hari lalu Sabah mengesahkan status mereka akan beraksi di Liga Super 2020. Malam tadi skuad Sabah menyelami kejayaan itu dengan status sebagai juara Liga Perdana 2019.

Ini selepas Sabah menang 2-1 ke atas pasukan UiTM FC di Shah Alam. Kemenangan itu menyaksikan pasukan Sabah mengutip 40 mata daripada 18 perlawanan. 7 mata di atas JDTII dengan baki perlawanan masih ada 1 perlawanan.

Dalam aksi di Shah Alam, Sabah ketinggalan pada minit ke-31. Ini selepas Zarko Kira menyempurnakan sepakan percuma.

Sabah berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-57. Ini selepas Sabah diberikan sepakan penalti. Penyerang sensasi mereka Rodoljub Paunovic menyempurnakan penalti itu.

Kira-kira 10 minit selepas itu Aguinaldo menjaringkan gol kejuaraan pasukan Sabah. Beliau menanduk hantaran sepakan penjuru oleh Ricco Milus.

Perlawanan berakhir 2-1. Sabah menjuarai piala domestik pertama sejak 1996. Ketika itu Jelius Ating dan pembantunya Burhan Ajui turut berada dalam skuad juara Liga Perdana (Liga Super hari ini).

Misi Sabah untuk mara ke Liga Super sudah tercapai dan ianya lebih manis dengan kejayaan membawa Piala Liga Perdana pulang ke Kota Kinabalu setelah kemarau trofi sekian lama.

Tahniah pasukan Sabah di atas kejayaan anda terutama sekali kepada para pemain, pengurusan, kejurulatihan, dan penyokong. Dan jumpa di Liga Super 2020 sebagai juara Liga Perdana.

Kredit featured image: Elphege P. Godoman (Twitter)