Firdaus Mohamed: Selangor United Perlu Mempunyai Inisiatif Untuk Tarik Penyokong

Selangor United

Presiden Selangor United, Firdaus Mohamed percaya pasukan atau kelab kecil berpeluang untuk meraih lebih pendapatan menerusi penstrukturan baharu hak penyiaran Liga Malaysia walaupun tidak mempunyai kelompok penyokong besar.

Berbeza dengan pasukan berstatus gergasi tanah air, Firdaus sedar banyak kerja rumah yang perlu dilakukan oleh pasukan kecil untuk menarik lebih ramai penyokong membantu jana pendapatan lebih tinggi dengan melanggan applikasi yang bakal diperkenalkan oleh rakan kongsi baharu Malaysian Football League, MFL iaitu Enervive Consultancy Sdn Bhd (EVC).

Katanya, setiap pasukan perlu menggunakan peluang ini sebaik mungkin dalam meraih pendapatan yang lebih tinggi dan percaya penyokong juga sudah matang untuk terus setia menyokong pasukan kesayangan mereka.

“Pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada MFL kerana isu agihan hak penyiaran juga sudah terlerai selain pengumuman penstrukturan baharu yang bakal dilakukan tahun depan.

“Bagi saya benda ini subjektif di mana ia sudah pasti bergantung kepada para penyokong masing-masing untuk akhirnya beri keuntungan kepada pasukan mereka.

“Dan tugas kami di Selangor United perlu ada inisiatif sendiri macam mana mahu tarik peminat kerana peluang sudah di depan mata, hanya kita perlu bekerja keras raih pendapatan melaluinya.

“Dan sepertimana yang dijelaskan oleh pihak MFL, keuntungan yang diperoleh oleh kelab-kelab besar, pasukan kecil juga tidak akan ketinggalan untuk dapat imbuhan kecil,” katanya.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Felda United, Afizal Abu Othman menyifatkan inilah masanya untuk penyokong membuktikan rasa cinta mereka kepada pasukan masing-masing dengan membantu raih pendapatan lebih banyak menerusi penstrukturan baharu ini.

Jelasnya, penyokong kini boleh diibaratkan sebagai pelanggan utama di mana tugas pasukan adalah untuk melakukan seberapa banyak penglibatan aktiviti bersama peminat untuk memastikan mereka terus setia dalam memberikan sokongan.

“Mula-mula saya rasa mesti akan mencabar untuk kita di Felda United bagi tarik penyokong sendiri melanggan applikasi untuk menonton perlawanan-perlawanan yang melibatkan pasukan kita.

“Tapi kalau ikutkan, kita sendiri pun ada stadium keramat (Stadium Tun Abdul Razak Jengka) dan rugilah kalau kita tak betul-betul terlibat dengan penyokong.

“Dan saya percaya, dengan strategi yang terbaik, setiap pasukan besar atau kecil pasti akan peroleh pendapatan dan imbuhan lebih tinggi sebaik sahaja penstrukturan itu bermula,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN