Antonio Conte: “Menerima Tawaran Internazionale Adalah Perkara Mudah”

Selepas merehatkan diri daripada menguruskan mana-mana pasukan di Eropah, pengurus baharu Internazionale iaitu Antonio Conte kini kembali.

Beliau yang kembali ke Serie A selepas sebelum ini mengemudi Chelsea di Premier League mengatakan keputusan untuk ke Internazionale adalah satu perkara yang mudah.

Bercakap ketika sidang media, Conte mengatakan beliau tidak menghadapi kesukaran untuk menerima tawaran kelab itu.

“Ianya merupakan satu pilihan mudah buat saya. Saya berkongsi visi yang sama dengan pihak kelab.”

Menurut Conte, persamaan yang dimiliki oleh beliau dan juga kelab baharunya itu adalah untuk menaikkan semula nama Internazionale.

Akan tetapi, Conte memberikan gambaran yang masa yang lama diperlukan untuk memastikan semuanya memberikan hasil.

“Ia merupakan satu perjalanan yang panjang dan memerlukan kerja keras. Ia akan mengambil masa.”

Tambah Conte lagi, segala usaha ini memerlukan keazaman yang sama dari semua pihak yang terlibat untuk memastikan ianya berjaya.

Conte telah melakukan beberapa keputusan besar sebaik beliau tiba di San Siro pada pra-musim ini.

Antaranya beliau telah membuat keputusan yang Radja Nainggolan dan ketua pasukan, Mauro Icardi tidak ada dalam perancangannya musim ini.

Malah, Conte dikatakan mahu mendapatkan Romelu Lukaku dari Manchester United dan menawarkan Mauro Icardi bersama di dalam tawaran itu.

Conte sebelum ini memenangi Premier League dan juga FA Cup ketika bersama Chelsea sebelum disingkirkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN