Panduan Asas Tarikh-Tarikh Penting Bagi Saingan La Liga Musim 2019/2020

Musim baharu telah tiba dan sekali lagi 20 pasukan di divisyen utama Sepanyol akan berentap untuk merebut gelaran La Liga.

Jika musim lalu, Barcelona berjaya merangkul gelaran liga dengan menyaksikan seteru utama seperti Real Madrid mengalami pelbagai masalah.

Namun kini di awal musim, semua pasukan akan bermula dengan nilai yang sama, tetapi siapakah akan muncul sebagai terbaik?

Artikel ini akan memberikan panduan ringkas mengenai musim 2019/2020 La Liga yang akan tiba tidak lama lagi!

Logo 20 pasukan La Liga bagi musim 2019/2020.

Pertengahan Ogos

Sepak mula bagi La Liga akan dimulakan pada pertengahan bulan Ogos pada 17 dan 18 haribulan bulan tersebut.

Tumpuan perlawanan pembukaan La Liga akan tertumpu di San Mames apabila Athletic Bilbao akan bertemu Barcelona.

Perlawanan ini cukup signifikan kepada La Liga. Hal ini kerana, kedua-dua pasukan ini adalah 2 daripada 3 pasukan yang tidak pernah jatuh dari divisyen teratas bola sepak Sepanyol!

Sementara itu, Real Madrid pula bakal berhadapan dengan tugas sukar di awal musim apabila bertandang ke Celta Vigo.

Celta Vigo yang diterajui oleh Iago Aspas di bahagian serangan cukup berbahaya dalam beberapa musim ini dan ianya pasti memberikan cabaran kepada Real Madrid yang masih mencari-cari rentak.

Atletico Madrid pula bakal memulakan perjalanan liga mereka dengan menentang Getafe di laman sendiri.

 

Berikut merupakan 7 lagi aksi lain yang berlangsung pada hari pembukaan liga:

  • Alaves lawan Levante
  • Real Betis lawan Real Valladolid
  • Espanyol lawan Sevilla
  • Leganes lawan Osasuna
  • Real Mallorca lawan Eibar
  • Valencia lawan Real Sociedad
  • Villareal lawan Granada

Pertembungan musuh tradisi

Musim 2019/2020 menjanjikan keseronokkan yang begitu hebat buat pengikut La Liga.

Mana tidaknya, terdapat 6 perlawanan melibatkan musuh tradisi atau derby akan mengambil tempat!

Pertembungan pertama yang boleh anda saksikan adalah pada minggu ketiga (1 September 2019) apabila Athletic Bilbao akan menerima kunjungan Real Sociedad dalam aksi Basque Derby.

4 minggu berselang, 2 kelab utama Madrid iaitu Atletico dan juga Real akan bertemu sesama sendiri di Wanda Metropolitano pada minggu ketujuh (29 September 2019).

El Grab Derbi yang melibatkan Real Betis dan Sevilla pula akan dilangsungkan pada minggu ketiga belas liga pada 10 November 2019.

Levante dan juga Valencia akan bertemu sesama sendiri dalam Valencian Derby pada minggu keenam belas iaitu 8 Disember 2019.

Espanyol pula bakal menerima kunjungan Barcelona dalam pertembungan 2 pasukan Catalan pada 5 Januari 2020 iaitu pada hari perlawanan ke-19.

Satu lagi perlawanan menarik yang bukan tersenarai sebagai pertembungan musuh setempat ini adalah perlawanan El Clasico yang melibatkan Real Madrid dan Barcelona.

Perlawanan pertama akan diadakan di Nou Camp pada 27 Oktober 2019 iaitu pada perlawanan kesepuluh.

Aksi di laman Real Madrid pula akan diadakan pada perlawanan ke-26 pada 1 Mac 2020.

Berikut merupakan sedikit sebanyak mengenai tarikh-tarikh penting La Liga untuk musim hadapan.

Untuk mendapatkan jadual penuh La Liga, anda boleh saksikan di sini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN