Undian liga juara-juara telah berlangsung di Nyon, Switzerland pada hari Isnin baru-baru ini. Real Madrid dan Barcelona masing-masing akan bertemu lawan yang sama mereka jumpa pada pusingan kalah mati tahun lepas. Undian kali ini juga bakal menemukan Arsene Wenger kembali dengan kelab dimana reputasi beliau mula dicipta, Monaco.
Real Madrid vs Schalke 04
Juara bertahan Real Madrid akan bertemu Schalke 04, setahun selepas membelasah mereka 6-1 di Jerman dan menang 9-2 secara aggregate.
“ Kami mahu tunjukkan kepada semua pihak yang kami telah belajar sesuatu,” kata pengurus Schalke, Roberto Di Matteo. “ Kami telah mendapat pesaing yang paling kuat.” tambahnya.
Barcelona vs Manchester City
Barcelona pula akan berkunjung ke England terlebih dahulu pada 24 Februari 2015 untuk menentang Manchester City. Barcelona mengalahkan Man City dengan aggregate 4-1 pada musim lalu dalam pusingan yang sama.
“Kami telah cuba untuk mengukuhkan bahagian pertahanan kami. Dan pertahanan kami lebih kemas dari musim lepas,” kata Txiki Begiristain, pengarah bola sepak Man City yang juga merupakan bekas pengarah dan pemain pasukan Barcelona.
“Saya juga berasa gembira kerana saya akan pulang (ke Nou Camp)”.
Arsenal vs Monaco
Undian ini menyaksikan Arsenal akan bertemu dengan Monaco, kelab dimana pengurus Arsenal (Arsene Wenger) mencipta nama dengan memenangi liga Perancis pada tahun 1988.
Ini tweet Mesut Ozil selepas mengetahui keputusan undian liga juara-juara :
Paris Saint-Germain vs Chelsea
Dejavu musim lalu berulang lagi apabila Paris Saint-Germain sekali lagi bertemu Chelsea.Cuma kali ini mereka bertemu awal sedikit di pusingan kedua dan PSG terlebih dahulu bakal menjadi tuan rumah kepada Chelsea.Pada pertemuan musim lepas, Chelsea mara ke separuh akhir melalui penentuan away goals selepas kedua-dua pasukan terikat 3-3.
“ Apa yang berlaku pada tahun lepas adalah pengalaman yang baik, tetapi tidak boleh diulangi lagi,” kata presiden kelab PSG, Nasser Al-Khelaifi.
Bayern Munich vs Shaktar Donetsk.
Bayern Munich yang menang pelbagai kejuaraan sejak dari tahun 2013 akan berkunjung terlebih dahulu ke Shaktar Donetsk. Pasukan juara Bundesliga ini tidak pernah bertemu dengan juara liga Ukraine sebelum ini.
“Donetsk adalah misteri besar buat kami. Ia sukar untuk bersedia untuk lawan yang sebegini,” kata Manuel Neuer, penjaga gawang Bayern Munich.
Pasukan yang berpengkalan di bandar Shaktar ini terletak di kawasan sempadan antara Ukraine dengan bahagian timur Rusia.Kawasan yang masih lagi bergolak antara pihak berkuasa Ukraine dan juga puak pemisah.Donetsk bagaimanapun dijangka akan menerima kunjungan Bayern pada 17 February di Lviv.
Juventus vs Borrusia Dortmund
Juventus pula bakal berdepan dengan Borussia Dortmund, 2 pasukan yang pernah berentap di pentas akhir liga juara-juara tahun 1997. Dalam perlawanan bersejarah itu, Dortmund telah melakukan upset terbesar dalam sejarah liga juara-juara dengan mengalahkan Juventus yang merupakan pasukan pilihan dan juara bertahan pada ketika itu dengan jaringan 3-1.
Bayern Leverkusen vs Atletico Madrid & FC Basel vs FC Porto
Bayern Leverkusen akan bertemu Atletico Madrid manakala FC Basel akan bertemu FC Porto.Atletico Madrid dan FC Porto merupakan antara kelab yang banyak menjual pemain bintang mereka namun masih gah di persada Liga Juara Juara.
“Setiap tahun, mereka menjual pemain-pemain hebat pada harga yang tinggi, tetapi pasukan-pasukan ini masih mampu bermain bola sepak di peringkat tertinggi,” kata Bernhard Heusler, presiden FC Basel yang menumbangkan juara lima kali, Liverpool FC minggu lalu.
Pusingan pertama liga juara-juara akan dilangsungkan pada 17-18 dan 24-25 Februari dan perlawanan timbal balik akan dilangsungkan pada 10-11 dan 17-18 Mac 2015. Pusingan akhir pula kan dilangsungkan di Stadium Olimpik Berlin, Jerman.
*Kredit gambar : UEFA.com & Getty Images