Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Sky Sports Kini Mempunyai Lagenda Man United, Liverpool Dan Arsenal Sebagai Pengulas Perlawanan. Wow!

Selama 40 tahun lamanya, program BBC ‘Match of The Day’ menjadi tontonan penduduk seluruh dunia kerana analisis perlawanan yang menarik daripada bekas-bekas pemain hebat seperti Alan Shearer, Robbie Savage, Lee Dixon, Martin Keown, Alan Hansen dan Mark Lawrenson. Program ini turut dihoskan oleh bekas pemain England, Gary Lineker.

101416771_football_256308c

Tetapi tahukah anda, rating rancangan BBC itu semakin jatuh? Semuanya ekoran kenaikan rating rancangan Sky Sports, Monday Night Football yang menampilkan analisis berkualiti daripada lagenda Man United, Gary Neville dan lagenda Liverpool, Jamie Carragher (walaupun sukar untuk anda memahami Scouse accent Jamie).

135396557_Sky_445469c

Kami boleh menjamin semakin ramai akan menonton Sky Sports kerana lagenda Arsenal, Thierry Henry mengumumkan beliau akan menyertai Gary Neville dan Jamie Carragher sebagai penganalis perlawanan secara tetap.

thierry

Sebelum ini, Henry pernah menjadi penganalisis di Sky Sports dan BBC tetapi hanya secara jemputan.

henry-thierry-sky-sports_3050359

Rancangan bola sepak mana menjadi pilihan anda?

Sky Sports: Monday Night Football

https://www.youtube.com/watch?v=IdgJAuysirA

 

atau BBC Sports: Match of the Day?

https://www.youtube.com/watch?v=URZqMfogM3w