Quantcast

ANALISIS TAKTIKAL

Thailand 2-0 Malaysia: Malaysia Terpaksa Mengharapkan Magik Bukit Jalil

You can’t win anything with kids, kata orang. Kiatisuk mempunyai lagi 90 minit untuk membuktikan kata-kata itu salah selepas Thailand mendahului perlawanan akhir pertama 2-0. Ini adalah perlawanan klasik antara barisan berpengalaman dengan barisan muda yang berbakat.

Malaysia mungkin ketinggalan dua gol tetapi di hadapan hampir 100,000 penyokong, satu gol Malaysia di Bukit Jalil boleh diibaratkan satu domino yang akan menjatuhkan domino-domino yang lain. Satu perkara yang pemain muda Thailand tidak ada adalah – pengalaman bermain di hadapan 100,000 penyokong fanatik lawan.


Adisak Kraisorn – duri dalam daging bagi Malaysia ketika kalah 2-3 di peringkat kumpulan kembali

Dalam perlawanan akhir pertama semalam, Thailand turun dengan barisan yang berlainan sama sekali dengan barisan yang menang 3-0 ke atas barisan pan-Asia Filipina. Mereka tampil dengan formasi 4-3-3 (biarpun di TV mereka dikatakan bermain formasi 4-2-3-1) dengan kehadiran Adisak Kraisorn yang kembali selepas digantung perlawanan.

Malaysia pula turun dengan barisan sama yang menewaskan Vietnam di Hanoi. Bermain dalam formasi 4-4-2, Kunanlan kekal di posisi pertahanan kanan. Pasangan perancang tengah, Badhri Radzi dan Safiq Rahim dikekalkan. Jentera serangan pula dikemudi oleh Norshahrul Idlan Talaha aka Mat Yo dan veteran Indra Putra Mahyuddin.

Malaysia mengenakan tekanan yang tinggi (high pressing) kepada Thailand pada separuh masa pertama

Malaysia berjaya menekan Thailand pada separuh masa pertama hasil gabungan tekanan pertahanan yang tinggi (high pressure defending) dan bentuk (shape) Malaysia yang kompak (compact) ketika kehilangan bola.

zzz1

Setiap kali kehilangan bola, pemain kita akan mengecilkan zon permainan sehingga menyebabkan sama ada Thailand:

1. Kehilangan bola kerana pilihan hantaran (passing options) ditutup oleh bentuk kompak Malaysia
2. Terpaksa memindahkan bola dari tengah ke zon sayap dan sebaliknya tanpa apa-apa penetrasi (penetration)
3. Terpaksa membuat cubaan jarak jauh kerana tiada ruang dari jarak dekat

zzz2

Setiap kali Chanatip Songkrasin mendapat bola, Shukor Adan akan keluar untuk mengacau beliau. Fadhli Shas pula akan keluar mengacau apabila Adisak Kraisorn memdapat bola. Mat Yo dan Indra juga selalu mengacau pertahanan tengah Thailand setiap kali penguasaan bola Thailand kembali kempada mereka.

zzz3


Sayap kanan Malaysia lebih kukuh berbanding sayap kiri

Berdasarkan statistik rasmi perlawanan semalam jelas menunjukkan gabungan Azamuddin Akil – S. Kunanlan sangat berdisiplin dari segi posisi mereka. Ramai yang menyalahkan Azamuddin Akil yang tidak menawarkan apa-apa bahaya ketika menyerang. Tetapi dari aspek pertahanan, Alex menjalankan tugasnya dengan baik.

zzz5

Dalam satu situasi semasa separuh masa pertama, Zubir nampak goyah diserang Thailand kerana right back Thailand Narubodin Weerawatnodom selalu naik ke atas untuk menyerang bersama dengan Mongkol Thosakrai yang kemudiannya diganti dengan Prakit Deeprom. Kami tidak pasti mengapa Amri tidak selalu turun membantu Zubir di bahagian kiri sedangkan ketika menentang Vietnam dan Singapura, beliau sentiasa turun membantu Zubir.

zzz4

Selain itu, pertahanan tengah kiri Fadhli Shas juga agak kerap melakukan kesilapan yang menghadiahkan beberapa peluang gol kepada Adisak Kraisorn. Jika Fadhli lebih bertenang dalam membuat keputusan, mungkin kesilapan beliau semalam boleh dielak.

zzz6

zzz7

Malah dalam satu situasi pada separuh masa pertama, kesilapan tandukan Fadhli menghadiah peluang one-on-one kepada Kraisorn. Mujur Farizal Marlias berjaya menyelamatkan keadaan.


Thailand menumpukan kawasan Zubir semasa di separuh masa kedua

Kredit kepada Kiatisuk Senamuang yang berjaya mengenalpasti kewasan kelemahan Malaysia pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua, Kraisorn kelihatan diarahkan bermain di ruang kawasan antara Fadhli Shas dan Zubir Azmi.

zzz8

Ketika ini juga, bek kanan Thailand Weerawatnodom sudah mula memperbanyakkan larian di bahagian sayap kanan mereka (kawasan Zubir) dengan pemain sayap kanan diarahkan kekal di bahagian sayap dan tak dibenarkan masuk ke tengah untuk memperbesarkan ruang antara Zubir dan Fadhli. Contohnya:

zzz9

Masuk minit 68′, strategi Thailand masih lagi sama iaitu menyerang Zubir.

zzz10

zzz11

Keadaan menjadi semakin berbahaya bagi Malaysia apabila Amri sudah mula kepenatan untuk melindungi Zubir apabila kerap menyerahkan penguasaan bola ketika menggelecek. Buktinya dapat kita lihat dalam heat map di bawah.

zzz12

Akhirnya strategi Thailand menyerang kawasan kiri Malaysia berhasil apabila Fadhli Shas menjatuhkan Kraisorn selepas Kraisorn menerima bola dari kawasan kiri Malaysia yang sedang diserang.

zzz13

zzz14

It’s a soft penalty. Tetapi Fadhli dan Zubir perlu diberikan perlindungan di sebelah kiri. Kegagalan Amri melindungi Zubir adalah punca mengapa Zubir nampak lemah pada separuh masa kedua. Tambah membingungkan, sebelum ini ketika perlawanan menentang Singapura dan Vietnam, Amri rajin melindungi Zubir. Mengapa beliau tidak melakukan perkara yang sama di Bangkok semalam?


Pressing energy Malaysia menurun pada separuh masa kedua

Bojan Hodak sudah beberapa kali mengingatkan penonton channel FoxSport (termasuk penulis) bahawa pressing energy Malaysia akan menurun pada separuh masa kedua selepas persembahan separuh masa pertama yang cukup bertenaga. Dalam hati, saya mengharapkan Bojan Hodak salah. Tetapi gol kedua Thailand membuktikan kebenaran telahan Bojan.

zzz16

zzz17

zzz18

Safiq kelihatan letih hingga menjelaskan punca beliau lambat menutup ruang pemain Thailand yang membuat hantaran tersebut.


Penyerang kita tidak memanfaatkan ruang yang ditinggalkan oleh bek kanan Thailand

Jika semasa menentang Vietnam di Hanoi, Mat Yo bermain di belakang Indra. Kali ini di Bangkok, Indra pula yang bermain di belakang Mat Yo.

cong1

Semasa menentang Vietnam di Hanoi, Indra bermain sebagai penyerang utama. Mat Yo sebagai penyerang kedua.

zzz19

Semalam, Mat Yo pula bermain sebagai penyerang utama dan Indra sebagai penyerang kedua.

Adakah keterlaluan jika saya mengatakan larian Mat Yo agak senang dijangka oleh pertahanan Thailand? Oh, jangan disebut nama penyerang Instagram.

Memandangkan bek kanan Thailand selalu naik ke atas untuk menyerang, Mat Yo memanfaatkan ruang yang ditinggalkan oleh pemain tersebut. Ini bermakna lebih banyak larian di channel sebelah kiri Thailand. Tetapi Mat Yo lebih banyak berlari di ruang antara dua pertahanan tengah Thailand.

zzz20

zzz21

zzz22


Apa perkara positif dalam perlawanan semalam?

1. Pressing dan compactness Malaysia sangat baik terutamanya di separuh masa pertama.

2. Walaupun Alex tidak menawarkan apa-apa bahaya di sayap kanan, beliau adalah punca mengapa Thailand sukar menyerang menerusi sayap kiri mereka. Kerajinan Alex bertahan terbukti dengan 4 foul dan 1 tackle berjaya yang beliau lakukan.

zzz23


Apa yang perlu kita baiki?

1. Mat Yo perlu mempelbagaikan lariannya lagi dan manfaatkan ruang kosong yang ditinggalkan oleh bek kanan dan kiri Thailand yang suka naik menyerang.

2. Zubir perlu diberikan lebih perlindungan ketika Malaysia sedang bertahan.

3. Untuk memaksimakan potensi menyerang Alex dan winger kiri yang menggantikan Amri nanti, mungkin Dollah boleh memainkan Gary, Badhri Radzi dan Safiq Rahim di tengah; dengan Gary sebagai anchor man. Kita sudah menggunakan Safee Sali dan Manaf Mamat; kedua-duanya tidak memberi impak ketika dimasukkan.

Tetapi memandangkan Malaysia perlu mencari gol di Bukit Jalil pada Sabtu ini, kami tahu hasrat Alex untuk menyerlahkan input menyerangnya akan terbantut sekali lagi demi kepentingan pasukan.

(Featured pic taken from The Star MY, stats from AFF Suzuki 2014 Official Website)