Hari ini rakyat Britain akan mengundi dalam Referendum Kesatuan Eropah (EU Referendum) untuk menjawab satu soalan – perlukah United Kingdom kekal atau keluar dari Kesatuan Eropah (EU)?
Ketika ini ramai personaliti bola sepak Britain sedang mendokong aspirasi sama seperti kerajaan British iaitu – kekal dalam EU. David Beckham dan Rio Ferdinand adalah yang paling lantang berkempen mengekalkan Britain dalam EU.
Tetapi dalam kem Brexit (kumpulan kempen Britain keluar EU), mereka berjaya mendapatkan sokongan Sol Campbell dan John Barnes.
Ia sebuah soalan dan tanggungjawab yang besar. Keputusan referendum ini bukan sahaja mampu memberi impak kepada ekonomi, sosio-politik dan budaya di Britain, malah kepada seluruh Eropah juga.
Maka tak hairanlah apabila bukan setakat akhbar Britain, malah muka-muka depan akhbar di seluruh Eropah juga didominasi oleh Referendum Kesatuan Eropah di Britain.
Ini termasuklah akhbar tabloid paling laris di Jerman, Bild yang mengeluarkan senarai janji-janji yang orang Jerman akan tunaikan jika Britain kekal dalam EU.
Akan akui gol Geoff Hurst
Dalam muka depan Bild hari ini, mereka menulis tajuk muka depan yang berbunyi:
“Kepada orang British yang disayangi, jika anda kekal dalam EU….kami akan akui gol Wembley itu.”
Bild merujuk kepada gambar ‘gol’ ketiga England jaringan Geoff Hurst semasa final Piala Dunia 1966 yang mengundang kontroversi sehingga hari ini.
Terikat 2-2 sama dan bermain dalam masa tambahan, England mula menyerang Jerman Barat. Bermuka daripada hantaran lintang Alan Ball, bola tersebut kemudian disambut dan dirembat oleh penyerang West Ham, Geoff Hurst.
Bola rembatan Hurst terkena palang dan melantun di atas garisan gol sebelum dikeluarkan oleh pertahanan Jerman Barat.
Pengadil perlawanan ketika itu, pengadil Switzerland, Gottfried Dienst yang tidak pasti dengan gol tersebut kemudiannya berbincang dengan penjaga garisan, Tofiq Bahramov dari Azerbaijan (ketika itu masih di bawah jajahan USSR).
Selepas berbincang, pengadil memberikan gol kepada England.
Sehingga kini orang Jerman dan British masih berdebat mengenai gol tersebut. Orang Jerman gemar mengambil hasil kajian Universiti Oxford dan Imperial College London untuk menyokong hujah bahawa – rembatan Geoff Hurst tersebut tidak gol.
Tetapi orang British berkeras dengan pendapat bahawa rembatan Hurst tersebut merupakan gol.
Kini buat kali pertamanya orang Jerman menawarkan penyelesaian kepada kemelut 1966 ini. Mereka sanggup mengakui gol Geoff Hurst tersebut – jika orang British mengundi kekal dalam EU.
Janji lain
Selain itu, akhbar Bild juga menulis orang Jerman akan berjanji:
2. Akan menyimpan kerusi berjemur (loungers) siap dengan tuala untuk orang British di kolam renang hotel
3. Tidak akan menggunakan losyen perlindungan sinaran matahari sebagai solidariti kepada orang British yang kerap ‘sunburned’
4. Tidak akan membuat lawak terhadap telinga Putera Raja Charles
5. Tidak akan memasukkan penjaga gol mereka jika England bertemu Jerman dalam sepakan penalti
6. Sanggup menjadi watak jahat dalam setiap filem James Bond selepas ini
7. Melewatkan zon masa Jerman selama sejam supaya sama dengan zon masa England
8. Menugaskan Joachim Loew supaya menjaga Crown Jewels of the United Kingdom
9. Mendesak EU supaya mengharamkan buih di minuman bir Jerman seperti yang dikehendaki orang British
10. Akan datang ke perayaan ulang tahun ke-100 Queen Elizabeth
Nota editor:
Ketika artikel ini sedang ditulis (23 Jun 2016, 7pm waktu Malaysia), secara puratanya undian untuk mengekalkan Britain dalam EU masih mendahului tipis (51%) undian untuk mengeluarkan Britain dari EU (49%).
With Populus, Mori, ComRes, YouGov, Opinium, TNS and Survation, our averages stand at: Remain: 51.0%
Leave: 49.0% pic.twitter.com/C8jebJ9aAA— Britain Elects (@BritainElects) June 23, 2016
[adrotate banner=”9″]
Baca juga: Referendum Kesatuan Eropah: Kesan Yang Peminat Bola Sepak England & Scotland Perlu Tahu