Zlatan Ibrahimovic: Antara Egois, Keangkuhan, Kemasyhuran & Sweden

“Datang sebagai lagenda, pergi sebagai raja”

Zlatan Ibrahimovic telah mengumumkan persaraan beliau daripada arena bolasepak antarabangsa. Ia diumumkan sebelum perlawanan terakhir Sweden di Piala Eropah 2016.

Walaupun beliau kadangkala menjadi antagonis dalam arena bolasepak kerana ego, angkuh, dan cakap besar. Namun sangat sukar untuk peminat bolasepak untuk membenci beliau secara total.

Latar belakang

Zlatan Ibrahimovic dilahirkan dalam keluarga yang ayahnya adalah Muslim Bosnia dan ibu yang berbangsa Croatia di kawasan pekan kecil Rosengard terletak di Malmo.

Bandar yang ketika itu ada kadar pengangguran tinggi sekitar 62% serta berdepan dengan isu imigran yang tinggi. Latar belakang yang sukar ini mungkin menjadi sebab kenapa Ibrahimovic kerap memberontak.

Ia adalah perjalanan yang sangat indah apabila seorang budak dari pekan yang penuh dengan pergolakan dan masalah sosio-ekonomi berjaya menjadi kapten untuk negara beliau.

“Siapa sangka, lelaki dari pekan kecil Rosengard akan menjadi kapten Sweden.” kata Ibrahimovic dalam wawancara dengan BBC pada 2013.

Si angkuh Ibrahimovic

“Saya sentiasa terbaca bahawa orang fikir saya seorang yang angkuh.”

“Mereka mengatakan saya angkuh, watak yang tidak baik. Saya memang memiliki karakter ini sejak kecil lagi. Tetapi apabila mereka bertemu dengan saya secara berdepan, mereka berkata ‘imej yang digambarkan media adalah tidak tepat.'”

“Anda tidak boleh menghakimi seseorang itu sehingga anda bertemu dengan mereka. Saya tidak akan berbuat demikian.”

Definisi kejayaan bagi Ibrahimovic

Bagi Zlatan, kejayaan akan sentiasa telah menjadi pengembaraan dan bukan satu destinasi. Maknanya, kita harus sentiasa mencari kejayaan yang baru, bukannya berpuas hati dengan satu titik kejayaan.

Beliau mebuktikannya dengan 13 gelaran liga di enam kelab yang berbeza serta deretan kejuaraan cup competitions serta pelbagai anugerah individu.

Beliau sudah bermain bersama kelab gergasi seperti Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan dan PSG sebelum menjadi free agent.

Zlatan masih ada nilai yang tinggi dan masih dikaitkan dengan minat oleh berberapa kelab besar termasuk Manchester United. Namun Zlatan buat masa ini masih belum mengesahkan destinasi beliau yang seterusnya.

Tersingkir dari Piala Eropah, Zlatan tetap Zlatan

Walaupun Sweden gagal untuk layak ke peringkat kalah mati, Ibrahimovic berkata beliau tidak akan pernah kecewa dengan rumusan karier antarabangsanya.

“Untuk mengakhirinya dengan rasa kecewa ? Tidak pernah sama sekali. Ini kerana saya amat berbangga menjadi kapten Sweden dan apa yang saya telah berjaya melakukannya.”

“Saya datang dari satu tempat yang dipanggil ‘ghetto Rosemary’, kemudian menawan Sweden, dan jadikannya negara saya. Dengan cara saya. Sayalah Sweden.”

“Jadi, saya ingin mengambil kesempatan untuk berterima kasih kepada semua penyokong, kerana mereka menjadikan apa yang saya miliki hari ini mampu digapai, “katanya.

“Bagi saya kekecewaan tidak wujud, hanya kebanggaan, bersyukur dan berterima kasih.”

Beliau juga mengesahkan tidak akan mengambil bahagian dalam Sukan Olimpik di Rio de Janeiro walaupun beliau telah dinamakan dalam skuad bayangan Olimpik Sweden.

Kehilangan besar untuk Sweden

Ibrahimovic merupakan penjaring terbanyak dalam sejarah bolasepak Sweden pada hari ini. Beliau menamatkan tugasan di peringkat antarabangsa dengan 62 gol daripada 116 penampilan bersama Sweden.

Jurulatih Sweden, Erik Hamren mengiktiraf sumbangan Ibrahimovic kepada bolasepak Sweden sangat besar.

“Beliau adalah bintang terbesar yang kita miliki dan ia akan menjadi satu kehilangan yang besar,” kata Hamren.

Tambah beliau lagi;

“Kami mempunyai seorang pemain antarabangsa yang benar-benar sama taraf dengan bintang seperti Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo dan itulah Zlatan Ibrahimovic.”

Hamren berkata Ibrahimovic telah pun membincangkan pelan persaraan ini dengan beliau dalam bulan Januari atau Februari lalu.

“Saya rasa Sweden memang mempunyai masa depan yang cerah dalam bola sepak, tetapi kita juga kehilangan Zlatan Ibrahimovic yang akan menjadi satu kehilangan besar.

“Beliau memang penjaring gol. Tetapi, beliau juga individu yang telah benar-benar membantu bola sepak Sweden.”

Selepas perlawanan terakhir menentang Belgium Ibrahimovic berkata :

“Saya berasa berat hati. Ia agak mengecewakan tetapi pada masa yang sama saya menikmatinya. Kami mempunyai kemampuan bermain dalam Kejohanan Eropah, saya mewakili Sweden pada kejohanan ini.”

Selamat tinggal Ibrahimovic Sweden

Zlatan menamatkan tugasan terakhinrya untuk Sweden pada 23 Jun 2016. Ia adalah satu perasaan yang berat untuk kita melihat persona seperti Ibrahimovic meninggalkan pasukan seperti Sweden.

Sebastian Larsson turut berpendapat, ia adalah perpisahan yang terlalu awal dikala Ibrahimovic masih kompeten di arena tertinggi.

Antara aksi beliau dengan Sweden yang pasti diingati kita semua adalah ketika menewaskan Joe Hart dengan bicycle kick dari tengah padang.

Beliau juga menjadi inspirasi Sweden untuk menewaskan Denmark dalam play off Piala Eropah 2016.

[adrotate banner=”9″]

Baca juga: Denmark Mula Perang Psikologi, Buat Iklan Bakar Gambar Raja Sweden

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN