Naib Presiden Persatuan Jurulatih Bola Sepak Malaysia (PJBM), Dr. Zulakbal Abd. Karim menyatakan bahawa; reputasi MFL dalam menguruskan Liga Malaysia agak diragui walaupun sudah 4 tahun mentadbir.
Zulakbal menjelaskan antara isu utama yang kerap menjadi masalah seperti kelewatan pengagihan geran kewangan tahunan, isu penjadualan liga yang tidak konsisten dan bercelaru.
Bercakap kepada Utusan Online, Dr. Zulakbal berkata: “Keberkesanan MFL masih belum terbukti namun jika saya katakan MFL sudah gagal, itu mungkin terlampau drastik.”
“Inilah masalah yang sama dan berlarutan [kewangan dan jadual perlawana]. Ianya sebelum MFL ditubuhkan dan ambil alih Liga M -daripada FAM – namun masih gagal ditanganinya dengan berkesan.”
Dr. Zulakbal yang juga yang juga Pensyarah Kanan Sains Kejurulatihan Universiti Pendidikan Sultan Idris juga tidak melihat sebarang perubahan drastik pada liga yang diuruskan oleh MFL dengan FAM sebelum ini.
Lantas beliau menyifatkan bahawa Liga Malaysia masih sama seperti dahulu.
“Liga M dulu dan sekarang sama sahaja, tiada peningkatan. Malah ekoran penarikan diri penaja utama Liga M (TM), MFL sepatutnya telah bersedia sepenuhnya dan mempunyai alternatif atau sumber penajaan lain.”
Liga M kurang berkesan di bawah MFL – Bola Sepak – Utusan Online https://t.co/pItCWzWBSr
— Utusan Malaysia (@UMonline) May 25, 2019
“Apabila menswastakan liga, kita perlu tanya kembali siapa dalam MFL dan adakah organisasi ini telah terbukti dan teruji mengendalikan liga profesional.
“Mungkin ada seorang dua sahaja yang berpengalaman bekerja dalam FIFA (Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa dan AFC (Konfederasi Bola Sepak Asia) dan perkara ini saya tujukan secara menyeluruh kepada MFL.”