MSL 2019: Nafuzi Zain Gembira Perubahan Positif Pada Corak Permainan Terengganu

Interim skuad Terengganu FC (TFC), Nafuzi Zain menghamburkan kata-kata pujian kepada anak-anak buah beliau. Ini selepas mereka berjaya membenam Selangor 1-0.

Dalam perlawanan tersebut Terengganu mendapat gol kemenangan selepas pemain lawan, Sakurnan tertampan bola ke gawang sendiri.

Menurut Nafuzi, beliau gembira dengan keputusan positif yang dicapai hasil daripada percaturan beliau yang melakukan perubahan kesebelasan utama secara corak taktikal.

Selain itu, Nafuzi menengaskan kunci utama kejayaan mereka adalah semangat juang para pemain yang bekerja keras di atas padang.

Nafuzi melihat ada peningkatan positif dalam pasukan Terengganu sejak beliau mula mengambil alih – selepas Irfan Bakti melepaskan jawatan. Nafuzi Zain menjadi pemangku untuk jawatan ketua jurulatih.

Beliau berkata kepada Stadium Astro: “Saya cuma mahukan pemain turun dengan lebih yakin, berdisiplin dan memberikan sepenuh komitmen. Usaha saya hanya 10 peratus selebihnya 90 peratus adalah daripada pemain.”

Terengganu kini berada di kedudukan ke-5 dalam carta Liga Super.

Ditanya tentang ketiadaan Zonjic dan Chantha Bin – Nafuzi menjelaskan 2 pemain itu disisihkan kerana kecederaan dan tiada kaitan dengan perpindahan.

Dengan jendela perpindahan yang masih berbaki beberapa hari lagi, Nafuzi Zain menyerahkan perkar itu kepada pengurusan tertinggi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN