Copa Del Rey: Valencia Padamkan Api Impian ‘Double’ Barcelona

Sebelum perlawanan Lionel Messi menyatakan impian treble mereka musnah di tangan Liverpool. Malangnya sebentar tadi, impian ‘double’ mereka turut lenyap – kali ini di tangan Valencia.

Barcelona dalam misi untuk menjuarai Copa Del Rey kali ke-5 berturut-turut. Namun ianya tidak kesampaian. Ini juga bermakna, Barcelona tewas dalam final Copa Del Rey pertama kali sejak 2014.

Sebelum perlawanan ini, Ernesto Valverde yakin Barcelona akan bangkit untuk merawat luka mereka tersingkir di UCL.

Malang sekali, dalam perlawanan ini Barcelona boleh dikatakan gagal menunjukkan aksi terbaik mereka.

Valencia hampir di hadapan pada minit ke-5, selepas kesilapan oleh Clement Lenglet yang menghantar bola ke belakang dan dipintas Rodrigo.

Rodrigo melepasi Cillessen, mujurlah Gerard Pique cemerlang berlari dan mengadang bola di atas garisan gol.

Walaubagaimanapun, Kevin Gameiro dan Rodrigo meletakkan Valencia 2 gol di hadapan pada separuh masa pertama.

Dan seperti biasa, Lionel Messi merapatkan jurang pada minit ke-73.

Barcelona menguasai 72% perlawanan dengan 24 percubaan ke arah gol. Namun hanya 6 percubaan tepat dicatatkan oleh mereka. Sevilla hanya ada 9 percubaan dan 4 percubaan tepat.

Impian terakhir untuk Barca mendakap 2 piala domestik musnah di Benito Villamarin apabila pengadil meniup wisel panjang. Barca tewas 1-2 di tangan Barcelona.

Lionel Messi antara pemain yang kelihatan sangat kecewa dengan kekalahan ini.

Barcelona dalam prestasi tidak menentu selepas kemenangan ke atas Liverpool 3-0 di Nou Camp. Ketiadaan Luis Suarez jelas dirasai oleh mereka.

Pengurus Valencia tidak pernah menang ke atas Barcelona. Dan kemenangan pertama beliau ke atas kelab Catalan itu membolehkan Valencia menjulang Piala.

Masa depan Ernesto Valverde terus menjadi persoalan. Ramai pihak mendesak beliau meletakkan jawatan. Namun sebelum ini Presiden Barcelona memberikan jaminan bahawa Valverde akan terus kekal di Barcelona.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN