Polis Itali Hantar Pulang 54 Penyokong Ajax Sehari Sebelum Perlawanan

Polis Itali telah menahan seramai 54 orang penyokong Ajax yang didakwa membawa pelbagai jenis senjata menjelang perlawanan kedua suku akhir UEFA Champions League menentang Juventus.

Polis turut mengesahkan penyokong-penyokong ini akan diiring keluar dari Itali untuk memastikan mereka meninggalkan negara tersebut.

Pada Isnin lalu sekumpulan penyokong Ajax yang tiba menaiki sebuah bas ditahan di sempadan Turin.

Selepas kejadian dan insiden melibatkan penyokong di aksi pusingan pertama di Ajax, polis Itali mengambil langkah lebih pro aktif untuk mengelakkan kejadian sama berulang.

Minggu lalu 130 penyokong kedua-dua pasukan ditahan pihak berkuasa Amsterdam selepas pertembungan kedua-dua kumpulan penyokong terpasa dileraikan menggunakan semburan air.

Penyokong Ajax yang ditahan pada Isnin lalu menggunakan sebuah bas didapati membawa bersama senjata seperti sarung tangan besi, pelindung muka dan juga pelbagai jenis bung api dan bom asap.

“Kami menentang setiap jenis keganasan yang mungkin boleh berlaku di dalam dan di luar stadium,” ujar Menter Luar Itali, Matteo Salvini mengenai penahanan tersebut.

“Sebahagian orang tidak sepatutnya menjejakkan kaki mereka ke stadium.”

Salvini berkata penyokong Ajax yang ditahan tidak akan didakwa. Sebaliknya akan diiring oleh pihak berkuasa untuk diusir keluar.

Perlawanan pertama membabitkan Ajax dan Juventus berkesudahan seri 1-1. Perlawanan itu turut dicemari dengan insiden pencerobohan oleh penonton yang meliru ke arah Cristiano Ronaldo – setelah pemain itu menjaringkan gol.

UEFA masih menyiasat insiden tersebiy dan Ajax dijangka akan menerima hukuman berat termasuk dakwaan balingan objek ke dalam padang oleh penyokong mereka.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN