Quantcast

KAJIAN & FAKTA

5 Perkara Menarik Anda Perlu Tahu Tentang Adik Pep; Pere Guardiola

Pere Guardiola merupakan salah seorang penceramah dalam World Football Summit (WFS) Asia 2019 yang bakal berlangsung di Sunway Pyramid Convention Center pada 29 dan 30 April 2019 nanti. Dalam WFS Asia 2019 ini, adik Pep Guardiola ini akan berkongsi buah fikirannya tentang aspek pemasaran, kontrak dan hala tuju karier pemain bola sepak profesional.

Jika anda masih mencari-cari sebab untuk datang ke WFS Asia 2019, Pere Guardiola harus menjadi salah satunya. Jika anda tak kenal siapa beliau, berikut adalah 5 perkara yang anda perlu tahu:

1. Dari pemain kepada eksekutif

Seperti abangnya, Pere Guardiola juga aktif bermain bola sepak sejak dari kecil. Beliau memulakan karier bola sepaknya bersama skuad remaja Gimnàstic Manresa sebelum bersara di Vic yang bermain di liga divisyen ke-3 Sepanyol. Selepas 15 tahun bermain secara semi-pro, Pere bekerja di Nike di bahagian pemasaran sukan.

Dari pemasaran sukan, Pere kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai pengurus hubungan Nike dengan FC Barcelona dan skuad kebangsaan Sepanyol. Selepas itu, beliau dinaikkan pangkat sekali lagi – kali ini bertugas merangka strategi Nike di Sepanyol dan Portugal.

Pada tahun 2009, Pere dan Jaume Roures, pengasas dan pemilik bersama Mediapro, menubuhkan Media Base Sports – sebuah agensi yang mewakili atlet. Sebagai ejen, Media Base Sports menawarkan servis menyeluruh dari aspek sukan, kewangan, komunikasi, undang-undang dan percukaian kepada atlet.

Pere Guardiola (kiri) bersama dengan kliennya, Pablo Moreno yang melengkapkan perpindahan ke Juventus dari akademi Barcelona, La Masia. (Foto: Media Base Sports)

2. Ejen Luis Suarez

Antara klien terkenal di bawah jagaan Media Base Sports, syarikat agensi Pere Guardiola adalah Luis Suarez (Barcelona), William Carvalho, Junior Firpo (Real Betis), Yuri Berchiche (Athletic Bilbao), Brahim Diaz (Real Madrid) dan Pablo Maffeo (VfB Stuttgart).

Luis Suarez. FOTO: FC Barcelona

Pere juga pernah menjadi ejen Andres Iniesta sebelum Iniesta bertukar selera memilih agensi yang dimiliki oleh Carles Puyol.

Pere turut bertindak sebagai ejen kepada abangnya, Pep Guardiola.

3. Salah satu daripada 10 ejen pemain paling berkuasa di dunia

Selain memegang 2 klien berprofil tinggi dalam dunia bola sepak (Luis Zuarez dan Pep Guardiola), salah satu sebab Pere dianggap antara 10 ejen pemain paling berkuasa di dunia adalah kerana hubungan eratnya dengan tiga kelab terbesar di dunia: Real Madrid, Barcelona dan Manchester City.

Hubungan rapatnya dengan dua bekas eksekutif tertinggi Barcelona, Ferran Soriano dan Txiki Begiristain yang kini bertugas di Manchester City menjelaskan hubungan baiknya dengan dua kelab tersebut.

MANCHESTER, ENGLAND – SEPTEMBER 01: Ferran Soriano, the Chief Executive Officer of Manchester City, and Txiki Begiristain, the Director of Football, look on prior to the Premier League match between Manchester City and Newcastle United at Etihad Stadium on September 1, 2018 in Manchester, United Kingdom. (Photo by Alex Livesey/Getty Images)

Manakala hubungan eratnya dengan Real Madrid diperolehi menerusi Francisco Javier Torralbo, yang lebih dikenali sebagai Piru. Piru pernah bekerja sebagai peninjau bakat (scout) dan kemudian, Pengarah Rekrut untuk Real Madrid.

4. Pemilik bersama kelab La Liga, Girona

Pere Guardiola memiliki 50/50 daripada 88.6% syer pemilikan dalam kelab La Liga, Girona bersama dengan Sheikh Mansour bin Zayed al-Nayan (pemilik The City Football Group yang memiliki Manchester City, New York City, Melbourne City, Club Atlético Torque dan syer minoriti Yokohama F. Marinos).

Pere Guardiola (kiri) bergambar dengan pengurusan tertinggi kelab selepas selesai urusan pembelian syer majoriti kelab. (Foto: Media Base Sports)

Dilaporkan kos untuk membeli 88.6% syer Girona tersebut berjumlah £6.5 juta.

4. Mempunyai bisnes wain

Selain bisnes mengurus karier pemain, Pere Guardiola turut mempunyai bisnes pembuatan wain di Girona yang bernama, Celler Pere Guardiola. Bisnes Pere ini sangat masyhur di Girona sehingga diletakkan sebagai salah satu destinasi wajib singgah dalam panduan melancong oleh kerajaan Sepanyol.

Dapatkan tiket WFS Asia 2019 anda!

Nak sertai kongres bersama individu berpengaruh dalam industri boal sepak global? Nak dengar ceramah dari pakar industri? Nak berkenalan dengan individu-individu penting dalam industri? Nak cari peluang perniagaan baru untuk produk/servis syarikat anda?

Sertai WFS Asia yang bakal diadakan pada 29 dan 30 April 2019 di Sunway Pyramid Convention Centre!

Dapatkan tiket anda di pautan berikut SEKARANG: Tiket WFS Asia

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!