Quantcast

BERITA

KAFA & Steinebrunner Sah Berpisah, Nasib Pemain Import Samar

Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) telah menamatkan kontrak Pengarah Teknikal, Peter Jorg Steinebrunner. Dalam perkembangan yang berkaitan, KAFA turut dilaporkan telah menawarkan penamatan kontrak awal kepada pemain import dari Brazil, Flavio Beck Junior.

Namun demikian, kedudukan seorang lagi awang import untuk pasukan Kelantan pada musim ini, Casio de Jesus akan ditentukan oleh Yusri Che Lah yang diumumkan sebagai pengendali baharu pasukan baru-baru ini.

Persetujuan bersama

Bercakap kepada Berita Harian, Presiden KAFA, Bibi Ramjani Ilias Khan menjelaskan penamatan kontrak Steinebrunner dilakukan atas persetujuan bersama kedua-dua pihak.

Keputusan itu terpaksa diambil untuk mengelakkan sebarang risiko kewangan yang akan ditanggung oleh KAFA akibat pengurangan perbelanjaan yang akan diambil untuk mengharungi baki saingan Liga Malaysia pada musim ini.

“Steinebrunner bersetuju menamatkan kontrak selepas memilih haluan berbeza selepas mencapai kata sepakat menerusi perbincangan kedua belah pihak,  Bibi Ramjani.

FOTO: Kelantan FA

“Keputusan menamatkan kontrak jurulatih kelahiran Jerman itu dibuat untuk mengelakkan KAFA menanggung sebarang risiko yang terpaksa mengurangkan perbelanjaan pasukan bagi menghadapi baki saingan Liga Perdana musim ini.”

Untuk itu, Bibi dikatakan telah bersemuka dengan Jorg Steinebrunner dan juga Flavio Beck Junior untuk menjelaskan situasi yang dihadapi oleh KAFA.

“Kita berusaha mengelakkan masalah tunggakan gaji berlaku dengan memaklumkan beliau KRW (Kelantan Red Warriors Sdn Bhd) tidak membayar gajinya.

“Malah saya mengambil tanggungjawab membayar gajinya dan beliau memahami permasalahan yang dihadapi KAFA dengan bersetuju KAFA mengurangkan tunggakan gajinya,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian semalam.

Tunggu keputusan

Namun demikian Bibi juga mengesahkan beliau masih belum mendapat kata putus dari Flavio Beck Junior mengenai tawaran penamatan kontra pemain dari Brazil itu.

Flavio Beck Junior. FOTO: Kelantan FA

“Kalau ikutkan terma dan syarat kontrak beliau [Beck Junior] boleh menamatkan kontrak lebih awal jika berlaku masalah tunggakan gaji melebihi tempoh dua bulan namun KAFA tidak mahu beliau keluar dengan cara yang tidak elok tanpa sebarang perbincangan,” katanya.