KFA Komited Beri Pendedahan Buat Bakat Muda Kedah Ke Luar Negara

Kedah

Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) memberikan jaminan bahawa mereka sentiasa berusaha keras untuk mengembangkan potensi pemain-pemain muda dengan memberikan pendedahan di luar negara.

Terdahulu, empat pemain muda skuad Helang Merah telah menjalani sesi latihan selama sebulan bersama skuad bawah 23 tahun (B-23) di Akademi Cardiff City dan pulang ke tanah air pada Khamis lalu.

Empat pemain yang dimaksudkan itu adalah Mohd Fazrul Danel dan Mohammad Asri yang telah kembali melapor diri bersama skuad Liga Super manakala Aminuddin dan Mohamad Suhaimie dari skuad Piala Presiden Kedah.

Mengulas lanjut, Setiausaha Eksekutif KFA, Shahrul Samsudin tidak menolak kemungkinan bahawa kelab gergasi Utara tersebut akan terus memberikan perhatian khusus kepada program pembangunan dengan menghantar lebih ramai lagi pemain-pemain muda Kedah.

Jelas Shahrul, KFA dijangka akan mengintai pemain dari kelompok B-17 Kedah untuk diketengahkan ke program pembangunan ini sama ada ke Cardiff City atau kelab Australia, Perth Glory.

“Sebenarnya program ini KFA telah bermula dari tahun 2015 dan ini penghantaran kali kedua yang mana kita mengambil dua pemain daripada pasukan Liga Super dan Piala Presiden.

“Untuk jangka masa sebulan itu, mereka berlatih dengan pasukan B-23 Cardiff City dan program ini bertujuan untuk projek pembangunan jangka masa panjang KFA.

“Sebenarnya KFA ada dua program sejak 2015 dengan Cardiff City dan Perth Glory. Jika tidak silap, kita telah menghantar pemain dua kali ke Perth Glory dan dua kali ke Cardiff City.

“Mungkin selepas ini ada lagi pemain dari Piala Belia atau bawah 17 tahun, kita akan hantar salah satu daripada dua kelab ini pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui selepas Bengkel Blueprint 50 Tahun Malaysian Football League (MFL), baru-baru ini.

Dalam perkembangan sama, Shahrul menegaskan Kedah tidak perlu panik dengan kehilangan empat pemain muda itu ketika Liga Malaysia sedang berjalan di mana beliau yakin program tersebut memberikan impak positif untuk jangka masa panjang skuad Helang Merah.

“Kami lebih melihat jangka masa panjang yang mana walaupun kita kehilangan pemain ini sewaktu mereka menjalani sesi latihan di sana tetapi kita ada masih ada pemain simpanan untuk mengisi posisi yang ditinggalkan,” katanya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN