Tottenham telah diundi untuk bertemu Manchester City, menjadikan ia sebagai satu-satunya undian pertemuan all-English di peringkat suku akhir UEFA Champions League 2018/19.
Seteru Manchester kepada City pula – Manchester United – diundi untuk bertemu dengan Lionel Messi dan Barcelona yang mengecewakan mereka dua kalu di perlawanan akhir pertandingan yang sama 10 tahun yang lalu pada musim 2008/09 dan 2010/2011.
Sastu lagi pasukan Inggeris, Liverpool mendapat laluan lebih mudah apabila dipertemukan dengan wakil dari Portugal, Porto – namun tidak harus mengambil mudah cabaran pasukan berstatus underdog itu.
Satu lagi undian menyaksikan Ajax yang mengejutkan Real Madrid di pusingan sebelumnya, diundi untuk bertemu gergasi Serie A, Juventus.
Tarikh perlawanan
Perlawanan pertama suku akhir akan diadakan pada 9 dan 10 April. Manakala perlawanan kedua suku akhir akan dilangsungkan pada 16 dan 17 April.
Spurs yang akan ke Etihad untuk perlawanan Liga Perdana Inggeris pada 20 April bermakna kedua-dua pasukan akan bertemu sesama sendiri sebanyak tiga kali di dalam tempoh seminggu setengah.
Perubahan venue
Undian melibatkan pertemuan Barcelona vs Manchester United turut akan melalui perubahan venue. Di atas kertas, Barcelona akan menjadi tuan rumah terlebih dahulu.
Bagaimanapun, ianya telah dipersetujui oleh UEFA agar Manchester United akan beraksi di Old Trafford terlebih dahulu untuk mengelakkan dua perlawanan Champions League diadakan serentak di bandar yang sama pada perlawanan suku akhir kedua.
Manchester City akan menjadi tuan rumah kepada Tottenham di perlawanan kedua suku akhir. Manakala United akan berkunjung ke Nou Camp di Barcelona.
Mengapa Manchester United perlu mengalah? Ini adalah kerana kedudukan liga pada musim lalu, City berada di atas United.
Separuh akhir dan Akhir
Undian ini turut menyaksikan pemenang diantara Barcelona/Manchester United akan menentang pemenang perlawanan Liverpool/Porto – untuk satu lagi kemungkinan perlawanan all-English di separuh akhir.
Pemenang Totenham/Manchester City pula akan menanti pemenang di antara Ajax/Juventus di satu lagi separuh akhir
Separuh akhir akan diadakan pada 30 April -1 May dan 7-8 May.
Perlawanan akhir pula akan diadakan di Stadium Wanda Metropolitan di Madrid, Sepanyol pada 1 Jun.