Joachim Low Hairan Dituduh Buang Trio Bayern Munich Dari Skuad Kebangsaan

Jurulatih Jerman, Joachim Low agak pelik dengan ketidakpuasan hati oleh trio Bayern Munich, Jerome Boateng, Thomas Muller dan Mat Hummels – yang diberitahu sudah tiada tempat dalam skuad kebangsaan.

Seterusnya Low menyatakan beliau hairan dengan beberapa pihak yang menuduh beliau membuang pemain-pemain tersebut daripada pasukan kebangsaan.

Low mempertahankan tindakan beliau untuk menyisihkan ketiga-tiga pemain senior tersebut.

Thomas Muller mengecam tindakan Joachim Low secara terbuka dalam muat naik video beliau di media sosial. Muller mempersoalkan mekanisme yang digunakan Low dalam pemilihan pemain.

Mat Hummels turut menyelar tindakan Low yang menyingkirkan mereka dan menganggap keputusan Low itu sukar untuk diterima.

Pemain yang berada dalam skuad utama Low, Joshua Kimmich turut mempertikaikan keputusan Joachim Low.

Joachim Low menjelaskan beliau tidak membuang pemain-pemain tersebut. Low cuma mengambil keputusan berdasarkan profesinalisme. Low terpaksa mengepikan emosi beliau dalam pemilihan pemain.

Low menganggap kesemua pemain yang pernah berbakti di dalam skuad Jerman ketika era beliau sebagai sangat penting dalam hidupunya.

Low berkata: “Kami bukan buang mereka dan mereka tidak melakukan apa-apa kesalahan.”

“Saya rasa pelik apabila ada orang cuba menghakimi perkara ini berdasarkan ‘respect’ dan apresiasi. Walaupun mereka tidak ada dalam perbincangan.”

“Secara emosi, ini merupakan keputusan yang paling sukar untuk saya buat. Kesemua pemain ini sangat penting bagi saya, bukan sahaja sebagai pemain, malah sebagai manusia.”

Hanya 3 pemain daripada skuad Piala Dunia 2014 yang masih berada dalam senarai terkini Joachim Low iaitu Manuel Neuer, Toni Kroos dan Matthias Ginter.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN