Mourinho Enggan Jawab Habis Soalan Wartawan Mengenai Perlantikan Zidane Oleh Real Madrid

Pengurus dari Portugal, Jose Mourinho adalah antara pengurus pilihan untuk menggantikan Santiago Solari di Real Madrid. Namun gergasi La Liga itu akhirnya memilih untuk melantik Zinedine Zidane.

Kedua-duanya adalah bekas pengurus Real Madrid sebelum ini. Untuk tempoh beberapa minggu, Mourinho turut secara terbuka berkata tidak kisah untuk kembali ke Santiago Bernabeu untuk membimbing Los Blancos.

Mourinho masih tidak mempunyai kelab sejak dipecat oleh Manchester United pada Disember lalu. Begitu juga Zidane setelah meletakkan jawatan bersama Real Madrid 10 bulan yang lalu.

MADRID, SPAIN – MARCH 11: Zinedine Zidane, addresses the media after being announced as new Real Madrid head coach at Estadio Santiago Bernabeu on March 11, 2019 in Madrid, Spain. (Photo by Quality Sport Images/Getty Images)
Reaksi pertama Mourinho

Dan kini bekas pengendali Inter Milan dan Chelsea ini turut memberikan reaksi beliau buat pertama kali atas perlantikan Zidane oleh Real Madrid.

Mourinho telah ditanya soalan oleh wartawan televisyen EL Chiringuito mengenai pendapat beliau tentang perlantikan Zidane.

“Zidane adalah pilihan sempurna untuk [Real] Madrid, ia juga sempurna untuk beliau [Zidane] dengan satu lagi peluang untuk membuktikan dirinya dengan projek baru, tertutama selepas apa yang beliau capai sebelum ini. Saya berpendapat ia adalah pilihan yang sempurna dan tepat.”


Ditanya oleh wartawan sama ada beliau kecewa kerana tidak dipilih mengisi jawatan itu, Mourinho menjawab: “Saya tidak pernah berkata saya mahukan jawatan itu atau tidak. Saya cuma mengatakan kepada anda Zidane ke Madrid adalah sempurna.”

Diasak lagi dengan soalan sam ada Real ada memberikan penjelasan kepada beliau mengapa tidak terpilih – Mourinho berkata: “Mengapa mereka perlu menjelaskannya kepada saya?”

Mourinho kemudiannya segera berlaluuntuk mengelakkan terus disoal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN