Quantcast

BERITA

Ronaldo Ketuai Senarai Calon Pemain Terbaik Mingguan UCL

Pusingan 16 akhir untuk perlawanan ke-2 UCL sudah pun berakhir. Beberapa aksi individu luar biasa telah membantu pasukan masing-masing meneruskan kemaraan.

Berikut adalah 4 pencalonan untuk pemain terbaik UCL minggu ini. Sebelum itu ini adalah kesebelasan terbaik mingguan UCL:

Calon Pemain Terbaik Mingguan UCL
1. Cristiano Ronaldo vs Atletico

Ronaldo berikrar akan menjaringkan 3 gol untuk membantu Juventus mara dan beliau menunaikan janjinya.

Cristiano Ronaldo yang ada kaitan dengan Real Madrid menjadi watak yang tidak digemari oleh penyokong Atleti.

Ronaldo menjaringkan hatrik dalam aksi di Turin untuk menyingkirkan Atletico Madrid dengan agregate 3-2.

2. Leroy Sane vs Schalke 04

Leroy Sane menjadi instrumen penting Man. City pada malam pembantaian 7-0 ke atas Schalke untuk membolehkan City mencipta sejarah mencatatkan agregate terbesar dalam pusingan 16 akhir.

Sane menjaringkan 1 gol dan mencipta 3 bantuan gol di dalam perlawanan tersebut.

3. Lionel Messi vs Lyon

Ianya antara aksi yang luar biasa daripada Lionel Messi. Terlibat secara langsung dalam 4 daripada 5 gol Barcelona dalam perlawanan di Nou Camp.

Messi menjaringkan 2 gol dan melakukan 2 ‘assist’. Dan tidak lupa salah satu daripada gol beliau adalah dengan gaya penalti panenka.

4. Sadio Mane vs Bayern Munich

Sadio Mane menunjukkan aksi memukau ketika Liverpool menewaskan Bayern Munich 3-1 di Allianz Arena.

Sadio Mane menjaringkan 2 gol dalam perlawanan ini. Salah satu daripadanya adalah dengan tenik ‘cushioning’ bola dan ‘spin’ yang mematikan gerakan 2 pertahanan Bayern dan juga Manuel Neuer.

Anda boleh klik pada pautan pada post twitter di bawah ini untuk mengundi:

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!