Saingan EFL Championship musim ini masih dilihat panas oleh ramai pihak. Beberapa kelab berebut dua slot automatik ke Liga Perdana Inggeris.
Boleh dikatakan hampir setiap minggu berlaku perubahan dua slot automatik itu.
Kenari terbang tinggi
Norwich menewaskan Bristol City pada perlawanan Sabtu. Bristol City pada satu ketika mendahului perlawanan melalui skor 1-2 di Carrow Road.
Kemudiannya, tuan rumah menafikan kelebihan pelawat melalui gol Kenny McLean dan Ben Godfrey. Jaringan 3-2 kekal sehingga tamat masa perlawanan.
Canaries ketika ini mengutip 66 mata selepas memenangi 19 perlawanan dan 9 seri. Mereka sudah bermain 34 perlawanan setakat ini.
Saling bersaing
Leeds United dan Sheffield United bersaing merebut slot tempat kedua. Perlawanan tengah hari Sabtu itu menyaksikan kedua-dua pasukan menewaskan lawan yang dihadapi.
Kieran Dowell menjaringkan gol tunggal perlawanan di Hawthrons apabila Sheffield United mengalahkan West Bromwich Albion. Gol itu dijaringkan pada minit ke-14
Leeds United menewaskan Bolton Wanderers di Elland Road. Gol Leeds disumbangkan oleh Patrick Bamford dan Ezgjan Alioski manakala gol Bolton dijaringkan Mark Beevers.
Sheffield United dan Leeds United masing-masing menduduki tangga kedua dan ketiga. Mereka terikat dengan 64 mata dan cuma dibezakan dengan defisit gol.
Malah, Leeds United mempunyai 1 perlawanan dalam tangan berbanding Sheffield United yang sudah pun mengharungi 34 perlawanan setakat ini.
Derita 3 tercorot
Ipswich Town terus merana apabila dinafikan kemenangan oleh Wigan Athletic pada masa kecederaan. Joe Garner menjaringkan gol untuk menyelamatkan Latics daripada tewas.
Ipswich kini menduduki tangga tercorot carta EFL Championship. Daripada 34 perlawanan, mereka hanya menang 3 kali dan seri 12 kali. Mereka kini mengutip 21 mata.
Tetapi, persaingan melepasi zon penyingkiran masih terbuka. Adakah Ipswich mampu melepasi Bolton dan Rotherham United?
Berikut merupakan carta terkini EFL Championship setelah kebanyakan kelab mengharungi 34 perlawanan setakat ini.
Adakah Bristol City mampu mencuri slot ke Liga Perdana Inggeris? Atau kembalinya nama besar seperti Leeds United?
Masih terlalu awal untuk meneka.