Quantcast

BERITA

Jack Butland Guna Jersi Khas Memperingati Mendiang Gordon Banks

Penjaga gol Stoke City, Jack Butland telah menggunakan sepersalinan jersi khas dalam perlawanan EFL Championship semalam. Perlawanan semalam antara antara tuan rumah, Stoke City menentang Aston Villa.

Persalinan jersi itu berwarna hijau dan putih. Jersi itu tidak memaparkan logo kelab, pembekal jersi mahu pun penaja.

Inspirasi

Mendiang Gordon Banks pernah mengenakan persalinan seperti ini semasa final EFL Cup tahun 1972 antara Stoke City menentang Chelsea. Banks menjadi penjaga gawang kelab itu dari 1967 hingga 1973.

Pada ketika itu, Stoke City menewaskan Chelsea bagi menjulang trofi itu. Dan itu satu-satunya trofi utama yang pernah dimenangi The Potters.

Disebabkan kenangan manis itu, ia menjadi inspirasi kepada Stoke City untuk memberikan set jersi khas ini untuk Jack Butland.

Mendiang Banks meninggal dunia pada 2 minggu lalu.

Skaf diletakkan di tugu Banks di luar stadium. Sumber: Stoke on Trent Live.

Sebelum perlawanan dilangsungkan, sekumpulan penyokong Stoke City menyertai sesi memperingati mendiang Banks. Skaf diletakkan pada tugu Banks yang berada di luar stadium mereka.

Keluarga mendiang Banks dijemput menghadiri perlawanan semalam. Begitu juga dengan rakan-rakan sepasukan mendiang semasa menjadi pemain Stoke City.

Sebagaimana tradisi, sesi tafakur satu minit diadakan sebelum sepak mula. Stoke City berkongsi mata setelah seri 1-1 kepada Aston Villa.

Sam Vokes menjaringkan gol untuk tuan rumah seawal minit ke-5. Albert Adomah kemudiannya menyumbat gol penyamaan buat Villa pada minit ke-62. Kedudukan 1-1 kekal sehingga tamat masa perlawanan.

Memperingati Banks

Gordon Banks, semasa memenangi EFL Cup pada 1972. Sumber: Stoke City

Sebelum menyertai Stoke, mendiang Banks merupakan salah seorang anggota skuad Three Lions yang memenangi Piala Dunia 1966.

Beliau pernah juga beraksi untuk Chesterfield dan Leicester.

Selepas menamatkan kontrak bersama Stoke, beliau berkelana ke Amerika Syarikat. Antara kelab negara tersebut pernah mendapatkan khidmatnya ialah, Fort Lauderdale Stikers yang bersaing dalam North American Soccer League (NASL).