B. Sathianathan: Kita Gopoh Depan Gol, Banyak Hantaran Lintang Terbuang

Sathia Rufino

Sebelum perlawanan berlangsung, segelintir penyokong Selangor menganggap pendatang baharu unifi Liga Super Malaysia (MSL) 2019, PJ City FC sebagai bukan tandingan buat mereka.

Namun segalanya berubah apabila Selangor pula yang dipaksa untuk mencari gol penyamaan selepas tuan rumah berjaya membuka jaringan pada minit ke-80 menerusi Pedro Henrique.

Mujur penyerang sensasi, Rufino Segovia akhirnya berjaya menyamakan kedudukan beberapa minit sebelum perlawanan ditamatkan oleh pengadil menerusi sepakan penalti.

Sememangnya perlawanan ini dijangka sengit, bukan sahaja kerana pemburuan 3 mata pertama tetapi juga akan menyaksikan pertembungan dua jurulatih, B. Sathianathan dan K. Devan.

Ketua jurulatih Gergasi Merah, Sathia mengakui yang perlawanan menentang PJ City bukan tugasan mudah sambil menggariskan isu padang yang mengganggu rentak kedua-dua pasukan.

“Perlawanan ini bukan senang dengan keadaan padang dan PJ City yang bekerja keras,” komen Sathia yang ditemui media sejurus perlawanan ditamatkan di Stadium MB Petaling Jaya.

Keadaan padang ganggu rentak pemain Selangor dan PJ City. (Foto: asiana.my/FA Selangor)

Walaupun begitu, perlawanan ini tetap menarik dengan kedua-dua pasukan berusaha keras untuk memecah kebuntuan dan mencari jalan untuk mengatasi masalah kondisi padang yang lecak.

Ketika diminta mengulas mengenai prestasi dua pemain iaitu Antonio German dan Rufino sepanjang perlawanan, Sathia memilih untuk memberikan kedua-dua pemain itu peluang.

“Dia pemain yang ada kaliber,” puji jurulatih berusia 60 tahun itu kepada penyerang import, Antonio German sambil menegaskan yang keadaan padang mungkin mengganggu pemain tersebut.

“Rufino pula belum lagi tajam seperti biasa. Jadi, hanya selepas perlawanan ke-3, ke-4 baru kita akan nampak kemajuan pasukan,” komennya pula mengenai penyerang berbahaya musim lalu itu.

Rufino berjaya meledak 19 gol dalam saingan liga musim lalu dan para penyokong Merah Kuning tentunya menantikan sentuhan pemusnah pemain itu kembali untuk menghantui lawan.

“Apa yang kita nampak adalah kita gopoh di depan gol. Banyak hantaran-hantaran lintang yang tidak disambut,” ulas Sathia mengenai masalah yang dihadapinya dalam perlawanan ini.

Dengan merekodkan dua keputusan seri, Selangor kini berada di kedudukan ke-5 liga dengan potensi akan dipintas oleh Felda United yang akan turun menentang PKNP FC pada malam ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN