Dollah Salleh Akui Herold Goulon Pemain Yang Istimewa Dan Berada Di Kelas Tersendiri

Herold Goulon, Dollah Salleh

Dua kemenangan dalam dua aksi dan kini berada di puncak liga, Pahang memberikan amaran kepada semua terutamanya Johor Darul Ta’zim (JDT) bahawa mereka hadir untuk mencabar kejuaraan liga musim ini.

Dalam perlawanan kedua unifi Liga Super Malaysia (MSL) 2019 malam tadi, Pahang berjaya menewaskan pasukan serba lengkap, Terengganu FC dengan keputusan selesa 3-0 di Darul Makmur.

Ini merupakan kali kedua Tok Gajah berjaya merekodkan jaringan 3 gol ke atas lawan mereka selepas menundukkan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Kuala Lumpur, Cheras pada aksi minggu lalu.

Pengendalinya, Dollah Salleh yang ditemui media sejurus tamat perlawanan menjelaskan yang para pemainnya dilihat sedikit leka dalam perlawanan malam ini berbanding aksi pertama tempohari.

“Kalau ikutkan permainan, saya rasa dengan Kuala Lumpur kita (Pahang) bermain lagi baik. Kita telah bermain baik dalam separuh masa pertama tetapi dalam separuh masa kedua khasnya pada minit ke-60, 70 begitu, kita agak leka sedikit,” ujar Dollah Salleh.

“Dari situlah Terengganu mengambil kesempatan dan membuat banyak asakan di kawasan gol kita,” tambahnya lagi mengenai prestasi keseluruhan pasukan dan para pemainnya.

Pahang bernasib baik kerana kebangkitan yang ditonjolkan oleh Terengganu FC gagal diterjemahkan dengan jaringan gol dengan beberapa pemain lawan beraksi di bawah tahap sebenar.

YAM Tengku Muda Pahang bersama pemain dan penyokong. (Foto: Pahang FA)

Gol-gol tuan rumah dihasilkan oleh penyerang sensasi, Dickson Nwakaeme pada minit ke-13, Herold Goulon (51′) dan penyerang skuad kebangsaan, Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-90.

Penjaring gol kedua, Herold Goulon menerima pujian daripada Dollah Salleh dengan menggambarkan dia sebagai istimewa.

“Ada sesuatu yang ‘special’ mengenai dia (Herold Goulon). Sebenarnya dia pada asalnya bukan bermain di pertahanan tengah tetapi dia lebih kepada pemain tengah bertahan.

“Tetapi apa yang dapat saya lihat dalam video-videonya, dia bermain di pertahanan tengah dan juga bermain di tengah. Dia sentiasa membuat pertukaran (posisi),” ulas Dollah Salleh.

“Jadi, disitu, YAM Tengku Muda Pahang sendiri yang berbincang dengan saya dan Tengku pilih untuk mengambil dia. Alhamdulillah, dia buktikan yang tahap dia agak berbeza,” tambahnya lagi.

Pemain import daripada Perancis itu merupakan antara rekrut terbaharu Tok Gajah pada musim ini dan kehadirannya telah membaiki sedikit kelemahan benteng Pahang untuk musim ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN