Cambridge United Berselindung Populariti Cambridge University?

Ada yang pernah mengatakan, bandar yang mempunyai universiti popular di dunia tidak mempunyai pasukan bola sepak dikenali ramai.

Itulah terjadi kepada Cambridge, namanya sinonim dengan universiti. Bukan pasukan bola sepaknya.

Malah, nama Cambridge ini lebih dikenali dalam The Boat Race, perlumbaan mendayung antara Cambridge University dengan Oxford University.

Ada dua kelab Cambridge?

Memang ada dua kelab yang berpusat di bandar ini. Cambridge United lebih dikenali berbanding seterunya Cambridge City.

Cambridge United sinonim dengan gelaran The U. Manakala Cambridge City digelar sebagai Lilywhites. Gelaran Lilywhites itu diambil sempena mereka mengenakan jersi berwarna putih.

Manakala United menggunakan jersi warna kuning.

Siapa jaguh?

Pasukan Cambridge City beraksi dalam satu perlawanan. Sumber: Cambridge Live.

Sebenarnya kedua-dua kelab itu tidak pernah bermain di Liga Perdana Inggeris. Liga paling tertinggi Cambridge United pernah beraksi ialah EFL Championship.

Sedangkan Cambridge City pula tidak pernah beraksi walaupun semusim di dalam English Football League (EFL).

EFL League One merupakan satu-satunya gelaran liga paling tertinggi yang pernah dimenangi Cambridge United. Mereka melakukannya pada musim 1990/91.

Trofi yang pernah dimenangi mereka ialah FA Trophy pada musim 2013/14. Mereka mengalahkan Gosport Borough dengan skor 4-0.

Siapa paling berusia

Buku program perlawanan antara kedua-dua kelab Cambridge ini pada tahun 1964. Sumber: Ebay.

Sebenarnya Cambridge United ditubuhkan pada 1912, selepas 4 tahun Cambridge City diasaskan.

Pada asalnya, nama Cambridge United dikenali sebagai Abbey United. Nama itu ditukar pada tahun 1951 dan kekal sebagaimana hari ini.

Menariknya, nama asal Cambridge City ialah Cambridge Town. Nama itu ditukar sempena Cambridge menerima taraf bandar raya oleh kerajaan Britain pada tahun 1951

Kisah pertukaran nama ini agak unik kerana Abbey United dan Cambridge Town menghantar permohonan untuk pertukaran nama kepada Cambridge City.

Pertukaran nama itu seiring dengan taraf bandar itu dinaikkan menjadi bandar raya.

Namun, Cambridge Town paling cepat menghantar permohonan itu dan diluluskan untuk menggunakan nama Cambridge City. Abbey United terpaksa mengalah dan menukar nama kepada Cambridge United.

Akhirnya, Cambridge City antara kelab bola sepak di negara itu mengubah nama disebabkan kenaikan taraf bandar kepada bandar raya oleh kerajaan.

Musuh

Selain daripada pertemuan derbi Cambridge, mesti anda fikir seteru utama kedua-dua kelab Cambridge ini ialah kelab dari Oxford. Kelab yang dimaksudkan ialah Oxford United dan Oxford City.

Salah sama sekali sebenarnya! Seteru utama bagi Cambridge United ialah Peterborough United. Manakala, Cambridge City ialah Ipswich Town.

Kini Cambridge United beraksi dalam saingan EFL League Two manakala Cambridge City bermain dalam divisyen yang lebih bawah.

Begitulah menarik kisah dua kelab bola sepak dari Cambridge ini. Tetapi, tidak dapat melepasi bayangan institusi pendidikan yang berpangkalan di sana.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN