Arsenal sekali lagi mengalami musim sukar apabila isu konsistensi menjadi masalah dalam usaha memenangi kejuaraan.
Namun kali ini, ianya dapat difahami apabila mereka kini dalam proses transisi selepas 22 tahun berada dalam era Arsene Wenger.
Oleh kerana itu, pengurus mereka iaitu Unai Emery kini berasakan pasukannya kini cukup sukar untuk menamatkan liga di kedudukan yang cukup tinggi.
Menurut laman Mirror, Emery mengatakan yang pasukannya tidak mempunyai sebarang peluang untuk menamatkan liga di saingan kelompok 3 teratas.
Malah, beliau turut berasakan yang pasukannya tidak punya peluang yang tinggi untuk menamatkan saingan liga di kedudukan 4 pasukan terbaik,.
Emery juga turut mengatakan yang Arsenal merupakan pasukan asing dan bukannya pilihan untuk memenangi sesuatu.
“Adakah kami pasukan bukan pilihan ketika ini untuk kedudukan 4 terbaik? Ya. Kami kini berada ditangga ke-6. Itulah realitinya.”
“Kami masih lagi percaya yang kami mampu untuk mendapatkan kedudukan 4 terbaik walaupun ianya sukar untuk kami.”
Prestasi Arsenal di tempat lawan jelas menjadi punca mengapa mereka gagal bersaing dengan baik untuk kedudukan teratas liga.
Untuk rekod, mereka merupakan satu-satunya pasukan yang belum mencatatkan tanpa bolos atau clean sheet ketika beraksi di gelanggang lawan dalam saingan liga musim ini.
“Pasukan kami cukup jauh nak dibandingkan dengan Liverpool atau Manchester City. Tetapi kami lebih dekat dengan Chelsea dan Manchester United.”