Previu MSL2019: Melaka United Mahu Tamatkan Rekod Buruk Menentang PKNS FC

Info perlawanan

  • PKNS FC lawan Melaka United
  • Lokasi: Stadium Shah Alam, Shah Alam
  • Sepak mula: 9 malam
  • Pengadil perlawanan: Nazmi Nasaruddin

Perlawanan melibatkan PKNS FC dan juga Melaka United ini mungkin tidak mempunyai nilai besar dari segi komersial. Namun begitu, ianya tetap penting untuk menentukan perjalanan MSL2019.

Aksi malam ini lebih tertumpu kepada Melaka United, bukan saja kerana pasukan mereka kini dibarisi pemain bintang tetapi ini peluang untuk mereka menamatkan badi tanpa menang terhadap PKNS FC.

Untuk rekod, 5 pertemuan terakhir dengan Sang Semut Merah berakhir dengan 2 kekalahan dan 3 seri:

  • PKNS FC 2-1 Melaka United (1 September 2018 – Piala Malaysia)
  • Melaka United 3-3 PKNS FC (11 Ogos 2018 – Piala Malaysia)
  • Melaka United 1-1 PKNS FC (23 May 2018 – Liga Super)
  • PKNS FC 2-0 Melaka United (5 Mei 2018 – Liga Super)
  • PKNS FC 1-1 Melaka United (1 Julai 2017 – Liga Super)

Rekod buruk Melaka United ini jelas perlu diperbaiki dalam usaha mereka meneruskan permulaan cemerlang pada minggu pertama.

Kemenangan ke atas PJ City tempoh hari benar-benar memberikan lonjakan motivasi kepada pasukan untuk menentang PKNS FC yang jelas lebih berbahaya berbanding pendatang baharu liga itu.

Sementara bagi PKNS FC, keputusan seri menentang Terengganu tempoh hari jelas memerlukan mereka untuk bangkit di Shah Alam malam ini.

Bolos pada minit akhir permainan jelas menafikan 3 mata untuk PKNS FC dibawa pulang dari Kuala Terengganu.

Pemain tumpuan

Perlawanan malam ini bakal menyaksikan pertarungan di bahagian tengah akan menjadi tumpuan.

PKNS FC yang cukup tajam ketika melakukan serangan balas pantas pastinya akan mengharapkan Chan Vathanaka untuk mengulangi aksi terbaik beliau minggu lalu.

Beliau memberikan bantuan gol kepada Nicholas Swirad pada minggu lalu. Jadi boleh dianggap pemain itu merupakan satu ancaman utama kepada Melaka United pada malam ini.

Bagi Melaka United, Safiq Rahim dilihat pemain berpotensi untuk menguaai bahagian tengah untuk pasukan pelawat.

Safiq rahim menjalani latihan dengan skuad Melaka United. FOTO: MUSA

Pemain berpengalaman ini jelas mengetahui apa yang beliau lakukan di bahagian tengah, dan sekiranya Safiq dibiarkan bebas malam ini maka PKNS FC akan menghadapi masa sukar bersamanya.

Sebelum sepak mula

PKNS FC wajib menang perlawanan pada malam ini sebagai usaha mereka untuk meneruskan rekod tanpa kalah dengan Melaka United.

Selain itu, mereka perlu menang untuk tidak lagi keciciran mata dalam saingan awal liga.

Bagi Melaka United, inilah peluang untuk mereka tamatkan rekod buruk menentang PKNS FC.

Dengan barisan pemain yang lebih mantap, dijangka mereka mampu memberikan saingan yang lebih baik dalam perlawanan malam ini.

Semoga berjaya buat kedua-dua pasukan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN