Perak FA Tawarkan Tiket Percuma Untuk Perlawanan Liga Super Esok

Menteri Besar Perak merangkap Presiden Persatuan Bolasepak Perak (PAFA), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengumumkan pihaknya tidak akan mengenakan sebarang bayaran untuk tiket perlawanan Liga Super di antara Perak menentang Kedah malam esok.

Ahmad Faizal berkata dalam Berita Harian, menjemput semua penyokong skuad The Bos Gaurus untuk memenuhi Stadium Perak dalam memberi sokongan padu kepada skuad kendalian Mehmet Durakovic itu.

Kesebelasan utama pasukan Perak ketika menentang JDT dalam Piala Sumbangsih minggu lepas. FOTO: Perak TBG

“Pada 8 Februari 2019 (esok) akan berlangsung satu perlawanan hebat antara Perak menentang Kedah di Stadium Perak jam 9 malam.

“Bagi pihak PAFA saya ingin menjemput semua penyokong untuk beramai-ramai datang ke stadium untuk memberi sokongan kepada pasukan kita.

“Kemasukan adalah percuma, cuma perlu dapatkan tiket di luar stadium. Marilah beramai-ramai membawa keluarga dan rakan-rakan untuk sama-sama memberi sokongan,” katanya.

Menurut kenyataan rasmi daripada Perak FA, para penyokong hanya boleh mendapatkan 3 keping tiket seorang dan agihan tiket akan bermula pada pukul 9 pagi hingga 12 tengahari (sesi 1) dan 3 petang hingga habis (sesi 2).

Tiket tersebut boleh didapati di kaunter B, D dan E di Stadium Perak. Perlawanan malam esok adalah perlawanan kedua antara Perak dan Kedah musim ini di mana pertembungan pertama kedua-dua pasukan adalah pada 13 Januari lalu di kejuaraan Perisai Unity Shield 2019.

Dalam perlawanan itu, Perak tewas kepada Kedah dengan jaringan 2-0 di Stadium Darulaman. Minggu lepas, mereka juga terlepas trofi Piala Sumbangsih kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila kencundang 1-0 hasil jaringan Gonzalo Cabrera.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN