Quantcast

KAJIAN & FAKTA

Kenali Dr. Juan Manuel Boffa, Pakar Perubatan Man City Yang Jalin Kerjasama Bersama JDT

JDT telah mengumumkan akan menjalin kerjasama dengan pakar perubatan Manchester City, Dr. Juan Manuel Boffa. Pakar perubatan dari Argentina itu merupakan salah seorang konsultan kepada kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

Perkara tersebut diumumkan oleh kelab dari selatan tanah air itu melalui satu kenyataan yang dikeluarkan pada malam tadi.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim telah bersetuju untuk berkolaborasi bersama Dr. Juan Manuel Boffa, yang juga merupakan seorang konsultan kepada kelab juara liga Inggeris, Manchester City,” ujar kenyataan tersebut.

Kenali Dr. Juan Manuel Boffa

Menurut JDT, Dr. Boffa merupakan pakar dalam bidang perubatan sukan dan pendidikan jasmani, dan juga pakar dalam traumatologi bola sepak.

Dr. Boffa memperolehi kelayakan di dalam bidang perubatan dari Universiti Nasional Rosario, Argentina pada 1998. Merupakan seorang sonographer, Dr. Boffa adalah salah seorang doktor yang bekerja secara terus dengan pemain-pemain kendalian Pep Guardiola di Etihad.

FOTO: JOHOR Southern Tigers

Pada 2003, beliau memperolehi kelayakan di dalam  bidang perubatan sukan dan pendidikan jasmani dari Universiti Perubatan Barcelona (University of Barcelona Medical School).

Bukan sahaja Dr. Boffa adalah seorang doktor, namun segala usaha dan kelayakan beliau turut diiktiraf oleh Kementerian Pendidikan Sepanyol khusus di dalam bidang perubatan.

Pengalaman luas

Dr. Juan Manuel Boffa adalah seorang doktor yang mempunyai pengalaman amat luas. Bekerja dengan Pep Guardiola, beliau telah menyertai Manchester City sebagai perunding sejak 2016.

Menurut sumber dari JDT lagi, Dr. BoffaBeliau juga adalah doktor dengan ‘Catalan Football Federation Insurance Fund’ dan hospital Quirón Salud di Barcelona, ​​yang memiliki kepakaran khusus dalam pembedahan ortopedik dan traumatologi.

Menariknya, Dr. Boffa juga merupakan salah seorang daripada 14 anggota pakar bedah ortopedik yang pernah berkerja di bawah seliaan Dr. Ramon Cugat.

Anak murid Dr. Cugat

Dr. Ramon Cugat adalah pakar perubatan yang dianggap sebagai Messi di dunia perubatan -kerana kepakaran dan penemuan beliau di dalam penyelidikan perubatan regeneratif dan aplikasinya kepada kecederaan trauma melibatkan sel tubuh badan.

Dr. Cugat mulai mengenali Pep Guardiola ketika pengurus itu masih bergelar pemain dan menjadi individu yang bertanggung jawab menyelamatkan karier Guardiola sebagai pemain ketika di Barcelona. Sejak daripada itu, Guardiola dan Dr. Cugat bersahabat baik.

Dr. Cugat mengetuai pakar penyelidikan yang lain.

Vincent Kompany, Sergio Aguero, Gabriel Jesus dan Kevin de Bruyne adalah antara pemain yang pernah mendapat rawatan oleh Dr. Boffa dan Dr. Cugat sejak dua tahun yang lalu.

Rumusan

Melalui pengumuman ini, kita boleh menyifatkan JDT telah berkolaborasi dengan pakar perubatan terbaik dunia di dalam sukan bola sepak.

Kepakaran seperti yang dimiliki oleh Dr. Cugat dan pasukannya seperti Dr. Boffa dianggap sebagai yang terbaik di dunia terutama di dalam bidang  traumatologi bola sepak.

Ini menjadikan JDT sebagai kelab bola sepak di negara ini, ataupun yang pertama di rantau ini yang memiliki kepakaran perubatan sedemikian.

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!