Bekas Presiden Real Madrid Dedahkan Di Sebalik Penjualan Ronaldo Dan Sebab Zidane Angkat Kaki

Bekas Presiden Real Madrid, Ramon Calderon akhirnya mendedahkan bahawa penjualan Cristiano Ronaldo ditentang oleh Zinedine Zidane sebelum jurulatih itu meletakkan jawatan.

Calderon membongkar bagaimana Florentino Perez telah mengganggu tugas pengurus pasukan. Perez masuk campur dalam soal jual beli pemain.

Calderon menggambarkan bahawa perancangan untuk menjual Ronaldo itu sudah berlaku awal. Oleh sebab itu Ronaldo ada menyindir menyatakan Florentino Perez tidak seperti dahulu. Beliau hanya memandang Cristiano Ronaldo sebagai alat perniagaan semata-mata.

Menurut Calderon, Zinedine Zidane berpendapat; Real Madrid sepatutnya menjual Gareth Bale yang ketika itu menarik perhatian pasukan seperti Man. United. Namun Florentino Perez berpandangan sebaliknya.

Ramon Calderon (gambar) memberitahu: “Zidane dengan jelas memberitahu bila masa beliau akan meninggalkan kelab. Zidane sentiasa mengingatkan Presiden [Florentino Perez] untuk menjual Bale dan bukannya Ronaldo.”

“Sebelum itu Zidane pernah meminta Presiden untuk mendapatkan pemain baru, namun Zidane ‘stuck’ dengan Bale.”

“Zidane mahu menjual Bale untuk membolehkan beliau mengimbangi kos pasukan dari segi gaji. Namun hasrat Zidane tidak ‘direstui’ oleh Perez. Oleh sebab itulah Zidane pergi. Dan rasanya Zidane betul.”

Gareth Bale pernah meluah kekecewaannya kepada Zindedine Zidane pada musim lalu. Ianya mungkin kerana pemain ini ada mendengar akan konflik antara Zidane dan Perez.

Hanya Perez tak sehaluan dengan yang lain

Walaupun Ronaldo meninggalkan Real Madrid pada Mei, beliau masih menjadi penjaring terbanyak Real Madrid untuk kalendar tahunan 2018.

Calderon juga memberitahu, ramai pegawai di Real Madrid berpendapat Ronaldo seharusnya bersara di Santiago Bernabeu sebagai satu simbol kegemilangan generasi beliau. Namun Florentino Perez tidak sehaluan dengan mereka.

Pengulas bola sepak Diario AS, Manu Sainz berkata: “Cristiano, pemain paling penting dalam bola sepak – sama seperti Messi – namun Ronaldo tidak dihargai di Real Madrid.

MADRID, SPAIN – DECEMBER 23: Cristiano Ronaldo of Real Madrid helps Lionel Messi of Barcelona during the La Liga match between Real Madrid and Barcelona at Estadio Santiago Bernabeu on December 23, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Victor Carretero/Real Madrid via Getty Images)

“Madridistas suka melaungkan Madrid di atas segalanya. Dengan ayat itu mereka cuba menghakimi pemergian Cristiano. Namun hakikatnya, Real Madrid menjadi besar kerana ada pemain hebat [seperti Ronaldo].”

“Sekarang ini, kelab besar dengan pasukan yang ‘kecil’. Mereka tiada lagi pasukan yang sama taraf dengan Barcelona, bahkan Atletico Madrid untuk bersaing mendapatkan La Liga. Mereka kini jauh di belakang Bayern Munich dan Man. City atau Juventus di Eropah.”

Lebih pelik apabila Florentino Perez memberikan restu agar jersi no.7 ikonik itu terus dipakai oleh pemain bernama Mariano Diaz – yang masih gagal menjaringkan sebarang gol liga setakat ini.

Sainz berkata: “Menukarkan Ronaldo dengan Diaz itu ibarat menggantikan LeBron James ataupun Stephen Curry dengan Alex Abrines [pemain NBA dari Sepanyol yang menghabiskan kariernya di bangku simpanan].”

Ronaldo bukan sekadar mesin gol

Seterusnya Manu Sainz berpendapat selain kehilangan mesin gol, Real Madrid juga hilang pemimpin di dalam padang.

“Mereka hilang pemimpin dalam bolik persalinan. Cristiano adalah pemimpin mereka. Seluruh dunia kenal betapa profesionalnya beliau. Beliau menjadi tauladan kepada rakan sepasukan. Pemain yang sentiasa kompetitif termasuk ketika sesi latihan.”

“Ini yang Real Madrid hilang ketika melepaskan Ronaldo.”

“Mereka tiada pemimpin kerana Sergio Ramos bukan pemimpin di atas padang. Ramos hanya bersungguh-sungguh untuk mengejar bonus, ataupun ketika menganjurkan sesi makan-makan pasukan serta perkara-perkara santai setiap hari.”

“Di atas padang, beliau tiada kemampuan untuk memberikan inspirasi dan semangat seperti yang dilakukan Ronaldo kepada pasukan.”

Calderon setuju dengan padangan itu. Beliau berkata: “Isunya sekarang, Ronaldo bukan sahaja memberikan kamu 50 gol semusim tetapi beliau memberikan kepimpinannya. Beliau menaikkan semangat pemain lain untuk menjadi lebih baik, bermain lebih baik dan berlatih lebih baik.”

“Bagi saya, itu yang paling mustahak berbanding dengan gol dan juga kelakuan Ronaldo.”

“Silap besar untuk memberikan tanggungjawab seperti itu kepada Marco Asensio dan Isco. Mereka pemain yang baik namun mereka berlagak seolah-olah mampu menjadikan pasukan itu lebih baik. Hakikatnya, mereka bergantung kepada pasukan untuk membuatkan mereka nampak bagus.”

MADRID, SPAIN – SEPTEMBER 20: Marco Asensio (R) of Real Madrid CF competes for the ball with Andres Guardado (L) of Real Betis Balompie during the La Liga match between Real Madrid CF and Real Betis Balompie at Estadio Santiago Bernabeu on September 20, 2017 in Madrid, Spain. (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

“Ramai orang meeramalkan mereka [Asensio dan Isco] akan dicalonkan untuk Ballon d’Or dan akan pergi jauh daripada tahap mereka sekarang. Namun bagi saya, mereka membuktikan mereka berdua bukan pemimpin.”

Sukar nak dapatkan pemain sekarang

Calderon merasakan sukar untuk Real Madrid membeli nama besar pada Januari. Dan biasanya harus menunggu pada pra musim untuk lebih mudah mendapatkan pemain bintang.

Tambahan pula, menurut Ramon Calderon, Presiden Real Madrid ketika ini lebih obses dengan stadium berbanding perkara lain.

“Ianya sangat sukar untuk kamu menandatangani pemain yang betul dalam perpindahan pertengahan musim. Anda harus tunggu sehingga Jun. Dan juga, ketika ini Presiden sedang sibuk untuk mengubahsuai stadium, dengar kata mereka membelanjakan lebih €575 juta. Itu pastinya membuatkan mereka sukar mendapatkan pemain bintang.”

“Presiden obses dengan stadium kerana beliau seorang megalomaniac. Harga pasaran pemain sudah mengalami inflasi teruk. Anda perlukan sekitar €200 juta untuk seorang pemain bintang.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN