Fabinho: “EPL Jauh Lebih Kompetitif Daripada Ligue 1, Nak ‘Turn’ Pun Susah”

Fabinho

Fabinho ditemuramah oleh L’Equipe baru-baru ini. Dan beliau tanpa berfikir panjang memberitahu akhbar berpengaruh dari Perancis itu bahawa EPL terlalu jauh bezanya berbanding Ligue 1.

Fabinho juga memuji corak latihan Klopp dan menyifatkan pengurus itu sebagai penuh bertenaga. Fabinho berkata: “Beliau tidak akan berikan kelonggaran, tak kisah apa keadaan hari sekalipun, kualiti dan intensiti tetap sama. Klopp juga sangat pentingkan konsentrasi.”

“Beliau sentiasa mahukan kami memberikan komitmen penuh, walaupun sekadar dalam latihan. Beliau percaya, apabila sudah terbiasa berada dalam keadaan intensiti tersebut, maka kami akan mudah menterjemahkannya dalam perlawanan sebenar.”

pertahanan

“Saya banyak masa duduk di bangku simpanan, saya memerhatikan perlawanan. Saya melihat beliau menjerit memberikan arahan, beliau sangat bertenaga.”

Beza EPL dan Ligue 1?

Ditanya oleh L’Equipe beza Ligue 1 dan EPL, Fabinho berkata: “Apabila kamu ada bola di kaki, kamu ada masa yang sangat sedikit untuk bertindak, ini kerana sentiasa ada seorang ataupun 2 pemain datang dari belakang.”

“Di Perancis, saya masih mampu dan ada masa untuk melakukan putaran [turn].”

“Di sini, di England anda perlu bertindak dengan sangat cepat. Dan impak pertarungan fizikal di sini sangat kuat dan menyakitkan. Pemain-pemain ini tidak akan pernah mengalah ketika duel atapun pertarungan di udara.”

Rumors ke PSG?

Fabinho akhirnya membuka mulut bahawa juara Perancis itu sudah diberikan kebenaran untuk bercakap dengan beliau – ketika itu Fabinho di Monaco.

“Saya hampir menyertai PSG pada tahun mereka mahukan saya pada 2017. Mereka sangat berminat, saya banyak bercakap dengan Antero [Henrique, Pengarah Sukan PSG] dan beberapa wakil PSG. Namun kami gagal memeterai perjanjian dengan segera.”

“Tahun berikutnya saya memutuskan untuk meninggalkan Perancis. Bagi saya, itu adalah masa yang tepat untuk keluar dari Perancis ke liga lain.”

Ditanya tentang khabar angin mengaitkan beliau dengan PSG sekali lagi, kononnya kerana Fabinho tak gembira ‘disimpan’ di Liverpool.

Beliau menjelaskan: “Saya tak terfikir untuk pergi ke kelab lain. Saya ada baca banyak berita keluar daripada akhbar, namun ianya tak benar sama sekali. Kelakarnya apabila ada berita PSG mahu mendapatkan saya secara pinjaman sebelum perlawanan UCL menentang mereka pada November.”

“Dahulu pernah juga berita seperti itu keluar, ketika itu sebelum final Coupe de La Ligue, Monaco menentang PSG. Adakah ia satu kebetulan yang kelakar?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN