David De Gea Jadi Watak Penting Kejayaan Manchester United Tumbangkan Tottenham Hotspur

De Gea

David De Gea kembali mempamerkan aksi cemerlang beliau selepas berjaya menafikan 11 percubaan tepat yang dimiliki Tottenham Hotspur bagi mengesahkan kemenangan 1-0 buat Manchester United dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), awal pagi tadi.

Kejayaan di Stadium Wembley itu merupakan kemenangan kelima berturut-turut dalam kempen EPL buat Manchester United dibawah kendalian pengurus sementara, Ole Gunnar Solskjaer.

Tuan rumah hampir di depan menerusi Harry Kane, namun penyerang antarabangsa England itu terlebih dahulu dikesan ofsaid ketika cuba untuk menyudahkan hantaran Dele Alli.

Jaringan tunggal perlawanan dihasilkan oleh Marcus Rashford pada penghujung aksi babak pertama selepas beliau menerima hantaran jauh yang cukup cantik daripada Paul Pogba sekaligus menewaskan Hugo Lloris di gawang Tottenham.

Walaupun Rashford merupakan penjaring gol kemenangan buat United, David De Gea lebih layak untuk diberikan anugerah pemain terbaik perlawanan berikutan aksi cemerlangnya menafikan percubaan demi percubaan dilancarkan skuad bimbingan Mauricio Pochettino tersebut.

LONDON, ENGLAND – JANUARY 13: David De Gea of Manchester United makes a save from Harry Kane of Tottenham Hotspur (R) during the Premier League match between Tottenham Hotspur and Manchester United at Wembley Stadium on January 13, 2019 in London, United Kingdom. (Photo by Mike Hewitt/Getty Images)

Satu aksi tangkas yang begitu dirindukan para penyokong Manchester United sebelum ini apabila De Gea hanya mampu menikmati tiga ‘clean sheets’ selepas mengharungi 21 perlawanan.

Deretan peluang yang dimiliki jentera serangan Tottenham pada babak kedua masih gagal untuk menghalang United daripada mencipta kemenangan ke-12 musim ini.

Kemenangan tersebut terus meletakkan Manchester United di tangga keenam liga tetapi The Red Devils sudah menyamai pungutan mata yang diraih Arsenal (41 mata).

Arsenal masih di tangga kelima berikutan kelebihan perbezaan jaringan. Kedua-dua pasukan ketinggalan enam mata di belakang Chelsea yang menghuni tangga keempat.

Bagi Tottenham pula, kedudukan di tangga ketiga pula semakin terancam apabila hanya berkelebihan satu mata meninggalkan Chelsea.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN