Sarri Yakin Chelsea Mampu Tewaskan Skuad England Kendalian Southgate

Maurizio Sarri berkata beliau percaya bahawa skuad Chelsea bimbingan beliau mampu menewaskan skuad kebangsaan England bimbingan Gareth Southgate.

Lebih hebat lagi, Sarri percaya pasukan beliau mampu berbuay demikian walaupun Chelsea yang dibimbing beliau pada hari ini belum lagi pasukan lengkap – seperti yang beliau ingin jadikan.

Chelsea masih fasa pembentukan

Ini adalah musim pertama Sarri mengendalikan Chelsea, setelah bekas pengurus Napoli itu mengambil alih jawatan tersebut dari Antonio Conte – yang mempunyai sistem permainan yang berbeza.

Terkenal dengan corak permainan ‘Sarri Ball’ – corak permainan berasaskan hantaran pendek di dalam segi tiga mini – Sarri percaya skuad The Blues pada hari ini masih lagi berada di dalam fasa pembentukan.

Ini kerana Sarri tidak sempat mempergunakan pra musim sepenuhnya pada musim panas lalu setelah tiba di Stamford bridge pada pertengahan Julai, diikuti oleh jadual perlawanan yang padat selepas itu.

(Photo by Craig Mercer/MB Media/Getty Images)
Bola sepak antarabangsa

Pengendali berusia 60 tahun itu sebelum ini pernah berkata beliau tidak meminati bola sepak antarabangsa – termasuklah Piala Dunia. Ini kerana beliau berpendapat kualiti pasukan kelab adalah jauh lebih baik daripada mana-mana pasukan antarabangsa.

Membandingkan pasukan Chelsea kendalian beliau dengan pasukan antarabangsa, Sarri berkata:

(Photo by Alexander Hassenstein/Getty Images)

“Tahap kami tidak kurang dari apa yang dimiliki oleh pasukan utama England. Kami boleh seri, mungkin kalah, tapi kami juga boleh menang.

“Saya mungkin memiliki lebih banyak masa [di Chelsea] berbanding dengan masa latihan pasukan England, tetapi saya belum melakukan organisasi sepatutnya seperti apa yang saya benar-benar mahukan di sini.

Mustahil dilakukan

Sarri juga berkata rata-rata jurulatih dan pengurus di kelab bola sepak tidak meluangkan banyak masa untuk menonton perlawanan antarabangsa.

“Sebenarnya tidak ada banyak perkara yang anda boleh pelajari dari bola sepak antarabangsa. Pendapat ini mungkin kedengaran janggal. Tetapi rata-rata jurulatih akan berfikir sedemikian walaupun tidak pernah berkata mengenainya.

“Ianya adalah mustahil untuk melakukan persediaan terhadap sebuah pasukan hanya di dalam tempoh 30 hari. Mana-mana pasukan di Piala Dunia akan tewas kepada mana-mana pasukan utama di peringkat kelab jika diadakan perlawanan.

“Sukar untuk mencari mana-mana pasukan yang benar-benar tersusun di Euro atau Piala Dunia,” ujar beliau lagi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN